Tuesday, September 10, 2013

KEPUTUSAN HAKIM TERSALAH, LARANGAN MERAMPAS MILIK ORANG LAIN

Sabda Nabi SAW; "Sesungguhnya aku juga manusia. Apabila kamu bertikai di hadapanku, barangkali sebahagian kamu lebih pandai berhujjah dari sebahagian yang lain, lalu aku putuskan untuknya mengikut apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku putuskan untuknya sesuatu (yang bukan haknya tetapi) hak saudaranya, janganlah ia ambil kerana aku memotong untuknya potongan dari neraka" (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah; 36488, dari Ummu Salamah RA...

SAKSI TERBAIK

Zaid bin Khalid al-Juhani RA menceritakan; Nabi SAW bersabda; أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِ الشُّهَدَاءِ الَّذِي يَأْتِي بِشَهَادَتِهِ قَبْلَ أَنْ يُسْأَلَهَا "Mahukah aku beritahu siapa sebaik-baik saksi?" Lalu baginda menjelaskan; "Iaitulah orang yang memberi kesaksiannya sebelum ia diminta memberi kesaksian" (Musnad Ahmad; 17040. Muslim; 1719). * Menurut Imam an-Nawawi; ada berberapa andaian bagi maksud sebaik-baik saksi dalam hadis di atas,...

KEJELASAN DALAM KESAKSIAN

Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Nabi SAW ditanya tentang syahadah (memberi kesaksian). Lantas baginda berkata kepada orang yang bertanya; "Adakah kamu melihat matahari?". Ia menjawab; 'Ya'. Nabi berkata kepadanya; "Jika jelas seumpama itu, berilah penyaksian, atau tinggal saja (dari memberi kesaksian)" (Syu'abil-Iman, Imam al-Baihaqi; 10469...

Tuesday, August 27, 2013

BERBAKTI KEPADA IBU-BAPA

(1) Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; Seorang lelaki datang kepada Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wasallam-, lalu bertanya; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku layani dengan baik?’. Jawab baginda; “Ibumu”. Ia bertanya lagi; ‘Kemudian siapa?’. Jawab baginda; “Ibumu’. Ia bertanya lagi; ‘Setelah itu siapa?’. Jawab baginda; “Ibumu”. Ia bertanya lagi; ‘Setelah itu siapa lagi?’. Baginda menjawab; “Bapamu” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari...

DIANGKAT PENA, ORANG TIDAK MUKALLAF

Sabda Nabi SAW; "Diangkat pena (yakni tidak ditulis, tidak diambil kira) dari tiga manusia;  1. Orang tidur hingga ia jaga,  2. Orang gila hingga ia sembuh dari gilanya  3. Kanak-kanak hingga ia baligh" (Musnad Imam Ahmad; 940, 956, 1183, 1328, 1362, dari 'Ali RA, Soheh Lighairihi...

Friday, August 23, 2013

SOLAT SUNAT SECARA BERJAMAAH

1. Hadis Ibnu 'Abbas RA yang menceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam (qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Lihat; Soheh al-Bukhari; 183. Muslim; 763/181). 2. Hadis Anas bin Malik RA yang menceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telah mengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku  dan budak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di...

Saturday, August 10, 2013

HADIS PUASA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL

Sabda Nabi SAW: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam 6 dalam bulan Syawal, ia seperti berpuasa sepanjang tahun" (Soheh Muslim; 1164/204. Dari Abu Ayyub al-Ansari RA. Hadis turut terdapat dalam Sunan/Jami' at-Tirmizi; 759 dan Sunan Abu Daud; 2433...

Friday, August 9, 2013

ANJING

ANJING; AYAT-AYAT AL-QURAN DAN BEBERAPA HADIS SOHEH TENTANGNYA Di dalam al-Quran, anjing disebut pada 2 tempat; 1. Surah al-A’raf (ayat 176). Maksud ayat; “Kalau Kami kehendaki, nescaya Kami angkat darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti hawa nafsunya. Maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan juga lidahnya. Begitulah...

Sunday, August 4, 2013

PANDUAN MENYAMBUT HARI RAYA DARI HADIS-HADIS NABI

1. Menghidupkan malam hari raya dengan ibadah. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya kerana mengharapkan pahala dari Allah, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati yang lain” (Sunan Ibnu Majah; 1782, dari Abu Umamah RA. Menurut an-Nawawi; hadis ini dhaif. Namun kata beliau; hadis dhaif diberi kelonggaran untuk dipakai dalam fadhilat amalan. Lihat; al-Azkar, hlm. 260). 2. Menyelesaikan zakat fitrah...

Thursday, August 1, 2013

TANDA-TANDA LAILATUL QADAR DARI HADIS-HADIS SOHEH

1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh Muslim, 1170/222). 2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan). 3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688,...

Wednesday, July 24, 2013

MASJID

Sabda Nabi SAW; "Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa ke masjid, bersaksiklah bahawa ia benar beriman" (at-Tirmizi; 2617, 3093, hasan gharib...

Monday, July 22, 2013

STATUS HADIS "Berpuasalah, kamu akan sihat"

صوموا تصحوا "Berpuasalah, nescaya kamu akan menjadi sihat". Hadis ini direkodkan oleh Imam at-Tabrani dalam kitabnya al-Mu'jam al-Ausat (Imam at-Tabrani) dengan lafaz (bermaksud); "Berperanglah, nescaya kamu akan beroleh harta rampasan. Berpuasalah, nescaya kamu akan menjadi sihat. Bermusafirlah, nescaya kamu akan beroleh kekayaan/kecukupan" (No. hadis; 8321, dari Abu Hurairah RA). Lafaz hadis "Berpuasalah, nescaya kamu akan menjadi sihat"...

Monday, July 8, 2013

ZAITUN

Sabda Nabi SAW: "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia datang dari pohon yg diberkati" (Sunan at-tirmizi: 1851, 1852. hadis soheh). Sabda baginda juga: "Berlauklah dgn minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia dari pohon yang diberkati" (Mustadrak al-hakim: 7142. status hadis: soheh). * Zaitun disebut sebanyak 5 kali dalam Quran (al-an'am: 99 dan 141, an-nahl: 11, at- tin: 1, an-nur: 35).&nbs...

Monday, July 1, 2013

SOALAN MUNKAR DAN NAKIR

Soalan-soalan malaikat Munkar dan Nakir dalam kubur; Siapa Tuhan kamu? apa agama kamu? siapa Nabi kamu? apa ilmu kamu? Yang berjaya menjawabnya diberikan hamparan dari syurga, dipakaikan pakaian syurga dan dibukakan satu pintu ke syurga (ke kuburnya) (Musnad Imam Ahmad; 18534, isnadnya soheh)....

Saturday, June 29, 2013

ANTARA SUSU LEMBU, UNTA & KAMBING; MANA SUSU THIB NABAWI?

Di dalam al-Quran disebut susu ternakan secara umum (lihat; an-Nahl, ayat 66). Ia merangkumi susu lembu, unta, kambing dan biri-biri. Hadis ada menyebutkan kelebihan susu tertentu secara khusus. 1) SUSU LEMBU; Sabda Nabi SAW; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan dia menurunkan bersamanya ubat. Hendaklah kamu mengamalkan susu lembu, kerana ia makan dari pokok-pokok” (Soheh Ibnu Hibban; 6075, dari Ibnu Mas’ud RA. Status hadis; isnadnya...

Friday, June 28, 2013

ANTARA MADU DAN SUSU

Kedua-duanya amat baik, disebut dalam al-quran. Namun yang mana lebih baik? Susu disebut di 2 tempat (Muhammad; 15. an-Nahl; 66), madu juga di 2 tempat sahaja (Muhammad; 15. an-Nahl; an-Nahl; 69). Dalam hadis Mikraj, Nabi SAW menceritakan; (setelah melihat sidratul muntaha), di bawa kepada baginda tiga bekas minuman; satu berisi arak, satu berisi susu dan satu bekas lagi berisi madu. Baginda mengambil bekas berisi susu. Lantas Jibril berkata;...

Thursday, June 27, 2013

LARANGAN PUASA DI HUJUNG SYA'BAN

(1) Sabda Nabi SAW; "Apabila berbaki separuh daripada bulan sya'ban janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)" (Jami' at-Tirmizi; 738, hasan soheh). (2) Sabda Nabi SAW; "Janganlah sesiapa mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa" (Soheh al-Bukhari; 1914). (3) 'Ammar bin Yasir RA berkata; "Sesiapa berpuasa pada hari syak (30 sya'ban) dia mengingkari...

3 PENYEMBUH

Diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.huma bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Penyembuh itu terdapat pada tiga perkara: Berbekam, minum madu, al-kayy, Aku menegah umatku daripada al-kayy" (sahih Al-Bukhari: 568...

‘UD HINDI @ AL-QUSTU

Sabda Nabi SAW; “Hendaklah kamu menggunakan ‘Ud Hindi. Padanya ubat/penyembuhan bagi tujuh penyakit antaranya menitiskannya ke dalam hidung untuk mengubati al-‘uzrah dan dimasukkan ke dalam mulut (melalui sebelah kanan atau kirinya) untuk mengubati Zatil-Janbi” (Soheh al-Bukhari: 5692). Menurut ulamak; 'Ud Hindi dalam hadis di atas menyamai al-Qustu yang disebut dalam hadis Nabi yang lain; “Sesungguhnya cara pengubatan yang paling sesuai...

Saturday, June 22, 2013

HADIS-HADIS KELEBIHAN NISFU SYA'BAN

1. Hadis dari Mu’az bin Jabal RA yang menceritakan; Nabi SAW bersabda; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya, lalu Dia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama” (HR Imam Hibban dan at-Thabrani (Soheh Ibnu Hibban; 5665. Al-Mu’jam al-Kabir, at-Thabrabi; 215). Menurut Imam al-Haithami; para perawi hadis ini adalah tsiqah (lihat; Majma’ az-Zawaid; 12960). Menurut...

Friday, June 21, 2013

DUA PANDUAN HIDUP

Sabda Nabi SAW; "Aku tinggalkan untuk kamu dua panduan, selama-lamanya kamu tidak akan tersesat selagi kamu berpegang dengannya; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya" (Muqatta' Malik; 3338)....

Wednesday, June 19, 2013

MENGENALI DIRI

Kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita akan menjadi ahli syurga di akhirat nanti kerana Allah boleh mengubah segalanya termasuk hati. Sabda Nabi SAW; "Hati semua manusia berada di antara dua jari Yang Maha Rahman, Dia boleh mengubahnya mengikut kehendakNya" (al-Hadith. Soheh Muslim; 2654/17). Namun perjalanan kita hari ini boleh memberi petunjuk masa depan kita; 1. Jika kita suka menuntut ilmu agama, itu tanda kita sedang menuju ke syurga....

Tuesday, June 18, 2013

RAFIDHAH

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ- صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: {يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ يُسَمَّوْنَ: الرَّافِضَةَ، يَرْفُضُونَ الْإِسْلَامَ وَيَلْفُظُونَهُ، قَاتِلُوهُمْ فَإِنَّهُمْ مُشْرِكُونَ}  Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka...

Monday, June 17, 2013

UBAT KESUSAHAN DAN KERESAHAN

Saudara2 yang dalam kesusahan ketika ini, jika anda banyak berbuat kebajikan ketika senang dulu, jangan khuatir kerana Allah pasti akan membantu saudara. Saidatina Khadijah pernah memberi semangat kepada Nabi SAW (ketika ketakutan baginda semasa wahyu pertama); 'Demi Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengecewakan kamu, kerana kamu sentiasa bersilaturrahim, membantu orang yang susah, memuliakan tetamu, menolong dalam menuntut hak...' (al-Bukhari;...

Sunday, June 16, 2013

PEMIMPIN; BERTIMBANG RASALAH

Doa Nabi SAW; اللهُمَّ، مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ، فَاشْقُقْ عَلَيْهِ، وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ، فَارْفُقْ بِهِ "Ya Allah, sesiapa memimpin umatku, lalu dia memayahi mereka, payahilah dia. Sesiapa memimpin umatku, lalu dia bertimbang rasa dengan mereka, Engkau bertimbang rasalah kepadanya" (Soheh Muslim; 1828/11)....

KHATAM QURAN

Apa sahaja surah yang dibaca dari al-Quran adalah baik. Begitu juga mengamalkan bacaan surah-surah yang mempunyai kelebihan khusus yang disebut oleh Nabi di dalam hadisnya. Namun, cara bacaan terbaik yang menjadi amalan para Sahabat dan Salafussoleh ialah membaca dari awal al-Quran (surah al-Fatihah) hingga ke penghujungnya (surah an-Naas) iaitu berusaha mengkhatamkan al-Quran dalam jangka masa tertentu. Sebaik mengkhatamnya, dimulai semua...

Friday, June 14, 2013

BERAPA PAHALA MEMBACA SATU QURAN?

Jumlah huruf dalam al-Quran ada 300 000 lebih (Menurut Imam Mujahid; 323015 huruf sebagaimana dinaqal oleh Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya). Menurut hadis; "Setiap huruf diberi gandaan 10 kebajikan" (Jami' at-Tirmizi; 2910, hasan soheh). Bayangkan berapa juta kebajikan kita dapat dalam sebulan jika kita berjaya khatam al-Quran sebulan sekali; 3 juta/bulan, 100 000/hari. Menurut pengalaman rakan2; jika dapat luangkan masa 1 jam sehari...

QURAN

(1) Sabda Nabi SAW; "Setiap huruf diberi gandaan 10 kebajikan" (Jami' at-Tirmizi; 2910, hasan soheh). (2) Sabda Nabi SAW; "Bacalah al-Quran (dengan mengkhatamnya) pada setiap bulan" (Soheh Muslim; 115/184)....

Thursday, June 13, 2013

MENGAMBIL HARTA ORANG TANPA REDHANYA

(1) Nabi SAW juga bersabda; "Tidak halal harta milik seorang muslim melainkan dengan keredhaan hatinya" (Dari Hanifah ar-Raqasyi RA. Musnad Ahmad; 20695. Syu'abil Iman, al-Baihaqi; 5105. Status hadis; soheh lighairi...

HADIAH

Sabda Nabi SAW; "Salinglah memberi hadiah nescaya kamu akan saling berkasih sayang" (HR al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 594, dari Abu Hurairah RA...

Wednesday, June 12, 2013

TAK BERTEGUR SAPA

"Tidak halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya (*tidak bertegur sapa, bermasam muka, memutus hubungan) lebih tiga hari. Orang terbaik dari kedua mereka ialah yang mula-mula memberi salam" (HR al-Bukhari, dari Abu Ayyub RA).  *Muhasabah; adik beradik tak bercakap bertahun-tahun kerana berebut harta pusaka. Ada yang dulu sama-sama berniaga, sekarang saling kata mengata dan berprasangka. Satu kampung, tapi berbelas tahun tak...