Sunday, June 16, 2013

KHATAM QURAN

Apa sahaja surah yang dibaca dari al-Quran adalah baik. Begitu juga mengamalkan bacaan surah-surah yang mempunyai kelebihan khusus yang disebut oleh Nabi di dalam hadisnya. Namun, cara bacaan terbaik yang menjadi amalan para Sahabat dan Salafussoleh ialah membaca dari awal al-Quran (surah al-Fatihah) hingga ke penghujungnya (surah an-Naas) iaitu berusaha mengkhatamkan al-Quran dalam jangka masa tertentu.


Sebaik mengkhatamnya, dimulai semua membaca al-Quran hingga mengkhatamnya lagi dan begitulah seterusnya dengan menjadikannya amalan yang istiqamah. Ibnu ‘Abbas RA menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW; Apakah amalan yang paling disukai Allah? Nabi menjawab; “Orang yang tiba, lalu mengembara kembali”. Lelaki itu bertanya; Apa yang kamu maksud dengan “Orang yang tiba, lalu mengembara kembali”? Nabi menjawab; “Orang yang membaca al-Quran dari awalnya hingga akhirnya, kemudian setiap kali ia tiba di penghujung al-Quran (yakni mengkhatamkan al-Quran), ia kembali membacanya dari mula” (Jami' at-Tirmizi; 1648. Menurut at-Tirmizi; hadis ini gharib).


Di kalangan Salaf ada yang mengkhatamkan al-Quran dua bulan sekali, ada yang sebulan sekali, ada yang 10 hari sekali, ada yang seminggu sekali dan ada yang tiga hari sekali (al-Azkar, Imam an-Nawawi, hlm. 69).

Related Posts:

  • DUA PANDUAN HIDUP Sabda Nabi SAW; "Aku tinggalkan untuk kamu dua panduan, selama-lamanya kamu tidak akan tersesat selagi kamu berpegang dengannya; Kitab Allah dan Su… Read More
  • BERAPA PAHALA MEMBACA SATU QURAN? Jumlah huruf dalam al-Quran ada 300 000 lebih (Menurut Imam Mujahid; 323015 huruf sebagaimana dinaqal oleh Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya). … Read More
  • KHATAM QURAN Apa sahaja surah yang dibaca dari al-Quran adalah baik. Begitu juga mengamalkan bacaan surah-surah yang mempunyai kelebihan khusus yang disebut ol… Read More
  • QURAN (1) Sabda Nabi SAW; "Setiap huruf diberi gandaan 10 kebajikan" (Jami' at-Tirmizi; 2910, hasan soheh). (2) Sabda Nabi SAW; "Bacalah al-Quran (dengan … Read More

0 comments: