Monday, June 17, 2013

UBAT KESUSAHAN DAN KERESAHAN

Saudara2 yang dalam kesusahan ketika ini, jika anda banyak berbuat kebajikan ketika senang dulu, jangan khuatir kerana Allah pasti akan membantu saudara. Saidatina Khadijah pernah memberi semangat kepada Nabi SAW (ketika ketakutan baginda semasa wahyu pertama); 'Demi Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengecewakan kamu, kerana kamu sentiasa bersilaturrahim, membantu orang yang susah, memuliakan tetamu, menolong dalam menuntut hak...' (al-Bukhari; 4953). 

Malah saudara boleh bertawassul dengan amalan-amalan kebaikan/kebajikan yang lalu umpama kisah tawassul 3 orang yang terkandas dalam gua (Soheh al-Bukhari; 2272). 

Jika saudara dahulu sentiasa leka, kesusahan saudara adalah ingatan Allah untk saudara supaya kembali kepadaNya. Tiada jalan lain bagi saudara melainkan taubat dan banyak istighfar. Sabda Nabi SAW (bermaksud); '“Sesiapa yang sentiasa beristighfar, Allah akan menjadikan untuknya jalan penyelesaian bagi segala kedukaannya, jalan keluar bagi segala kesempitannya serta Allah akan mengurniakan rezki kepadanya dari arah yang tidak disangkanya” (Sunan Abu Daud; 1518). 

Kata ulamak; beristighfarlah beribu ribu ribu kali, insya Allah bantuan Allah segera datang.

Related Posts:

  • TANDA-TANDA LAILATUL QADAR DARI HADIS-HADIS SOHEH 1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh Muslim, 11… Read More
  • BERAPA PAHALA MEMBACA SATU QURAN? Jumlah huruf dalam al-Quran ada 300 000 lebih (Menurut Imam Mujahid; 323015 huruf sebagaimana dinaqal oleh Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya). … Read More
  • HADIS-HADIS KELEBIHAN NISFU SYA'BAN 1. Hadis dari Mu’az bin Jabal RA yang menceritakan; Nabi SAW bersabda; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya, lalu Di… Read More
  • QURAN (1) Sabda Nabi SAW; "Setiap huruf diberi gandaan 10 kebajikan" (Jami' at-Tirmizi; 2910, hasan soheh). (2) Sabda Nabi SAW; "Bacalah al-Quran (dengan … Read More
  • RAFIDHAH عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ- صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: {يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ يُسَمَّوْنَ: الر… Read More

0 comments: