Friday, June 28, 2013

ANTARA MADU DAN SUSU

Kedua-duanya amat baik, disebut dalam al-quran. Namun yang mana lebih baik? Susu disebut di 2 tempat (Muhammad; 15. an-Nahl; 66), madu juga di 2 tempat sahaja (Muhammad; 15. an-Nahl; an-Nahl; 69).
Dalam hadis Mikraj, Nabi SAW menceritakan; (setelah melihat sidratul muntaha), di bawa kepada baginda tiga bekas minuman; satu berisi arak, satu berisi susu dan satu bekas lagi berisi madu. Baginda mengambil bekas berisi susu. Lantas Jibril berkata; “Engkau dan umatmu telah menemui fitrah” (Soheh al-Bukhari; 5610). Dalam riwayat lain diceritakan; “Nabi SAW minum sedikit dari bekas berisi madu dan minum hingga puas dari bekas berisi susu. Adapun bekas berisi arak baginda tidak minum darinya sedikitpun” (Fathul Bari; 8/648).
Para ulamak mengulas; hadis ini menunjukkan kelebihan susu dari semua jenis minuman/makanan yang lain, tambahan pula Nabi SAW bersabda; “Tidak ada makanan atau minuman yang dapat memenuhi keperluan manusia yang setanding dengan susu” (Jami' at-Tirmizi; 3455, hasan).
Susu lebih murah dan lebih senang didapati, maka dapat dinikmati semua orang, berbanding madu yang susah dan mahal, hanya orang tertentu sahaja dapat menikmatinya. itulah kurniaan ilahi untuk hambanya.

0 comments: