Thursday, April 9, 2020

AMAL SOLEH SEBELUM MATI

 
Sabda Nabi SAW "Jika Allah mengendaki kebaikan untuk seorang hambaNya, Dia akan menjadikan hambanya beramal". lalu para sahabat bertanya; Bagaimana Allah menjadikannya beramal?. Jawab Nabi SAW; "Allah memberi taufik kepadanya untuk suatu amal soleh sebelum matinya, kemudian mencabut nyawanya di atas amalan itu" (al-Tirmizi; 2142, hasan soheh). Dalam riwayat lain; "Allah membuka pintu untuknya kepada suatu amal soleh sebelum kematiannya sehingga orang sekelilingnya menjadi redha kepada" (Musnad Ahmad; 21949)


12214 - حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، أَخْبَرَنَا حُمَيْدٌ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " لَا عَلَيْكُمْ أَنْ لَا تَعْجَبُوا بِأَحَدٍ، حَتَّى تَنْظُرُوا بِمَ يُخْتَمُ لَهُ، فَإِنَّ الْعَامِلَ يَعْمَلُ زَمَانًا مِنْ عُمْرِهِ، أَوْ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ، بِعَمَلٍ صَالِحٍ، لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ، ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلًا سَيِّئًا، وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ الْبُرْهَةَ مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ سَيِّئٍ، لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ النَّارَ، ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلًا صَالِحًا، وَإِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَبْلَ مَوْتِهِ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ " يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ، ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ "

(Musnad Ahmad)

21949 - حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ، حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَمِقِ الْخُزَاعِيِّ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: " إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ " قِيلَ: وَمَا اسْتَعْمَلَهُ؟ قَالَ: " يُفْتَحُ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ بَيْنَ يَدَيْ مَوْتِهِ حَتَّى يَرْضَى عَنْهُ مَنْ حَوْلَهُ " (2)

(Musnad Ahmad)

2142 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ فَقِيلَ: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ.
هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ.

(al-Tirmizi)

Friday, April 3, 2020

MEMELUK DAN MENGUCUP UNTUK MENGHORMATI

Terdapat hadis melarang dan ada pula hadis mengharuskannya. Hadis melarang;
2728 - حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ؟ قَالَ: نَعَمْ.
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Anas RA menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi SAW; Ya Rasulullah SAW, jika seorang lelaki dari kalangan kami bertemu saudaranya atau sahabatnya, bolehkan dia tuntuk kepadanya? Jawab Nabi; "Tidak boleh". Dia bertanya lagi; bolehkah kalau dia merangkulnya dan mengucupnya? Jawab baginda; "Tidak". Dia bertanya lagi; Kalau dia menjabat tangannya? Jawab baginda; 'Yang itu boleh" (Sunan al-Tirmizi; 2728, hadis hasan).

Hadis yang membenarkannya;

Aisyah RA menceritakan; apabila Zaid bin Harithah RA tiba ke Madinah (dari suatu musafir atau peperangan), dia datang ke rumah Nabi SAW ketika aku sedang bersama baginda. Dia mengetuk pintu, lalu Nabi menyambutnya dengan memeluk dan mengucupnya (Sunan al-Tirmizi; 2733).

Berkata pengarang Tuhfah al-Ahwazi; hadis Anas RA bagi orang yang bukan tiba dari musafir. Adapun hadis Aisyah adalah bagi orang yang tiba dari musafir. (7/152)

Kesimpulan; memeluk dan mengucup harus jika tiba dari musafir. Terdapat hadis dari Anas RA menceritakan; para sahabat jika bertemu mereka berjabat tangan sahaja, jika baru tiba dari musafir mereka berpelukan (HR al-Tabrani dalam al-Awsat. Dinaqalkan dari Tuhfah al-Ahwazi).

HUKUM TUNDUK HORMAT

2728 - حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ؟ قَالَ: نَعَمْ.
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Anas RA menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi SAW; Ya Rasulullah SAW, jika seorang lelaki dari kalangan kami bertemu saudaranya atau sahabatnya, bolehkan dia tuntuk kepadanya? Jawab Nabi; "Tidak boleh". Dia bertanya lagi; bolehkah kalau dia merangkulnya dan mengucupnya? Jawab baginda; "Tidak". Dia bertanya lagi; Kalau dia menjabat tangannya? Jawab baginda; 'Yang itu boleh" (Sunan al-Tirmizi; 2728, hadis hasan).

Menurut kitab Tuhfah al-Ahwazi; maksud (أَيَنْحَنِي لَهُ) ialah mencondongkan kepala dan belakang. Nabi menegahnya kerana ia menyerupai ibadat iaitu rukuk dan sujud (7/148). 

Thursday, April 2, 2020

ADAB KETIKA BERSIN

1. Orang bersin ucap tahmid. Orang yang dengar ucap tasymit (يرحمك الله). Orang bersin menjawab tasymit;  (يهديكم الله ويصلح بالكم).

2. Menutup mulut dan merendahkan suara.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ ثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ. رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَأَبُو دَاوُدَ. وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيح

Abu Hurairah RA menceritakan; Nabi SAW apabila bersin baginda akan menutup mukanya dengan tangannya atau pakaiannya serta merendahkan suaranya (HR al-Tirmizi dan Abu Daud. Hadis hasan soheh).

(وَغَضَّ) أَيْ: خَفَضَ أَوْ نَقَصَ بِهَا، أَيْ: بِالْعَطْسَةِ أَوْ بِالتَّغْطِيَةِ (صَوْتَهُ) : وَالْمَعْنَى لَمْ يَرْفَعْهُ بِصَيْحَةٍ، وَالْجَارُّ وَالْمَجْرُورُ مُتَعَلِّقٌ بِصَوْتِهِ.
Rujukan; Mirqaat al-Mafatih.

Dalam riwayat al-Hakim;

عن أبي هريرة ـ رضي الله عنه ـ قال: قال رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ: (إذا عطس أحدكم فليضع كفيه على وجهه، وليخفض صوته) 

Berkata Ibnu Muflih dalam kitabnya al-Adab al-Syar'iyyah;

(ويُسن أن يغطي العاطس وجهه، ويخفض صوته إلا بقدر ما يسمع جليسه ليشمته.

(https://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=205122)

3. Jika seorang bersin berulang-ulang kali dan mengucapkan tasymit setiap kali bersin, kita dituntut bertasymit hingga tiga kali sahaja.


عَنْ إِيَاسِ بْنِ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُشَمَّتُ الْعَاطِسُ ثَلَاثًا، فَمَا زَادَ فَهُوَ مَزْكُومٌ»

Dari Salamah bin al-Akwa' RA menceritakan; Rasulullah SAW bersabda; "Ditasymitkan orang bersin sebanyak tiga kali. Adapun yang lebih dari itu, maka orang yang bersin itu ditimpa zukam (selesema)" (Sunan Ibnu Majah; 3714).

Berkata DR Mustafa al-Bugha; maksud mazkum ialah ditimpa zukam (selesema; Kamus Marbawi) hingga menyebabkan dia banyak bersin, maka tidak perlu lagi mentasymitnya (Mukhtasar Sunan Ibnu Majah).

Hadis yang sama terdapat dalam Soheh Muslim; 2993, al-Tirmizi; 2743 (hasan soheh), Abu Daud; 5037.

Berkata Imam al-Nawawi; jika seseorang itu berulang bersin berturut-turut, maka yang menjadi sunnah mentasymitnya setiap kali ia bertahmid hingga sampai tiga kali.

Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; jika ia bersin tiga kali dan engkau telah mentasymitnya tiga kali, setelah itu (jika ia bersin lagi), katakan kepadanya; "عافاك الله إنك مزكزم".

Rujukan; (islamqa.info/ar/answer/170266).