Friday, April 3, 2020

MEMELUK DAN MENGUCUP UNTUK MENGHORMATI

Terdapat hadis melarang dan ada pula hadis mengharuskannya. Hadis melarang;
2728 - حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ؟ قَالَ: نَعَمْ.
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Anas RA menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi SAW; Ya Rasulullah SAW, jika seorang lelaki dari kalangan kami bertemu saudaranya atau sahabatnya, bolehkan dia tuntuk kepadanya? Jawab Nabi; "Tidak boleh". Dia bertanya lagi; bolehkah kalau dia merangkulnya dan mengucupnya? Jawab baginda; "Tidak". Dia bertanya lagi; Kalau dia menjabat tangannya? Jawab baginda; 'Yang itu boleh" (Sunan al-Tirmizi; 2728, hadis hasan).

Hadis yang membenarkannya;

Aisyah RA menceritakan; apabila Zaid bin Harithah RA tiba ke Madinah (dari suatu musafir atau peperangan), dia datang ke rumah Nabi SAW ketika aku sedang bersama baginda. Dia mengetuk pintu, lalu Nabi menyambutnya dengan memeluk dan mengucupnya (Sunan al-Tirmizi; 2733).

Berkata pengarang Tuhfah al-Ahwazi; hadis Anas RA bagi orang yang bukan tiba dari musafir. Adapun hadis Aisyah adalah bagi orang yang tiba dari musafir. (7/152)

Kesimpulan; memeluk dan mengucup harus jika tiba dari musafir. Terdapat hadis dari Anas RA menceritakan; para sahabat jika bertemu mereka berjabat tangan sahaja, jika baru tiba dari musafir mereka berpelukan (HR al-Tabrani dalam al-Awsat. Dinaqalkan dari Tuhfah al-Ahwazi).

Related Posts:

  • ZAITUN Sabda Nabi SAW: "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia datang dari pohon yg diberkati" (Sunan at-tirmizi: 1851, 1852. hadis … Read More
  • LARANGAN PUASA DI HUJUNG SYA'BAN (1) Sabda Nabi SAW; "Apabila berbaki separuh daripada bulan sya'ban janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)" (Jami' at-Tirmizi; 738, hasa… Read More
  • ANTARA MADU DAN SUSU Kedua-duanya amat baik, disebut dalam al-quran. Namun yang mana lebih baik? Susu disebut di 2 tempat (Muhammad; 15. an-Nahl; 66), madu juga di 2 te… Read More
  • KHATAM QURAN Apa sahaja surah yang dibaca dari al-Quran adalah baik. Begitu juga mengamalkan bacaan surah-surah yang mempunyai kelebihan khusus yang disebut ol… Read More
  • MASJID Sabda Nabi SAW; "Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa ke masjid, bersaksiklah bahawa ia benar beriman" (at-Tirmizi; 2617, 3093, hasan ghari… Read More

0 comments: