Thursday, August 1, 2013

TANDA-TANDA LAILATUL QADAR DARI HADIS-HADIS SOHEH

1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh Muslim, 1170/222).

2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan).

3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis soheh bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).


4. Udaranya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, menurut as-Suyuti; hasan).

5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi; maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut) (Faidhul Qadier).

7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).

**yang penting beramal**

Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal di malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia dari orang yang hanya melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).

Related Posts:

  • BACAAN AL-QURAN DALAM SOLAT MALAMNabi SAW bersabda; «مَنْ ‌قَامَ ‌بِعَشْرِ ‌آيَاتٍ لَمْ يُكْتَبْ مِنَ الْغَافِلِينَ، وَمَنْ قَامَ بِمِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْقَانِتِينَ، وَمَنَ قَ… Read More
  • KADAR TAHIYYAT AWALAbdullah bin Mas’ud RA menceritakan; أن النبي صلى الله عليه وسلم (كان في الركعتين الأوليين كأنه على الرَّضْف) “Nabi SAW ketika (duduk di hujung) rak… Read More
  • LARANGAN SOLAT KETIKA GANGGUAN KENCING DAN BERAKNabi SAW bersabda; لَا صَلاَةَ بِحَضْرَةِ طَعَامٍ وَلاَ هُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ “Tidak ada solat (yang sempurna) ketika makanan telah terhida… Read More
  • SOLAT SUNAT SELEPAS ISYAK Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu; -       2 rakaat sebe… Read More
  • SOLAT SUNAT SEBELUM DAN SELEPAS ZOHORSabda Nabi SAW; مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ ‌رَكَعَاتٍ ‌قَبْلَ ‌الظُّهْرِ، وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا، حَرُمَ عَلَى النَّار “Sesiapa memelihara 4 rakaat (… Read More

0 comments: