Friday, August 23, 2013

SOLAT SUNAT SECARA BERJAMAAH

1. Hadis Ibnu 'Abbas RA yang menceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam (qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Lihat; Soheh al-Bukhari; 183. Muslim; 763/181).

2. Hadis Anas bin Malik RA yang menceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telah mengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku  dan budak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di belakang kami) (Soheh al-Bukhari; 727, 871. Muslim; 658/266).

3. Hadis 'Itban bin Malik RA yang menceritakan; Nabi SAW datang kerumahnya dan berkata; 'Di mana tempat di rumahmu yang kamu suka aku solat di situ?". Aku menunjukkan satu tempat. Lalu baginda bertakbir (melakukan solat) dan kami membuat saf di belakangnya (yakni turut berjamaah dengannya). Baginda solat sebanyak dua rakaat. (Soheh al-Bukhari; 424. Muslim; 263/33).

Imam an-Nawawi menjelaskan (dengan berdalilkan hadis-hadis di atas); “Solat-solat selain solat hari raya, solat gerhana, solat istisqa’, solat terawih dan witir selepasnya –seperti solat-solat sunat rawatib, dhuha dan sunat-sunat mutlak- tidak disyariatkan berjamaah, yakni tidak disunatkan berjamaah, namun jika dilakukan secara berjamaah dibolehkan dan tidak dianggap makruh” (al-Majmu’, 4/55).

Related Posts:

  • SOLAT SUNAT SECARA BERJAMAAH 1. Hadis Ibnu 'Abbas RA yang menceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam (qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah deng… Read More
  • 3 ORANG SOLAT MEREKA TIDAK DITERIMA ALLAH3 ORANG SOLAT MEREKA TIDAK DITERIMA ALLAH.Sabda Nabi SAW; "Tiga orang solat mereka tidak akan melepasi telinga mereka (yakni tidak diangkat kepada All… Read More
  • MASJID Sabda Nabi SAW; "Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa ke masjid, bersaksiklah bahawa ia benar beriman" (at-Tirmizi; 2617, 3093, hasan ghari… Read More

0 comments: