Monday, May 25, 2020

PESANAN NABI KETIKA BANYAK PERSELISIHAN

Al-‘Irbadh bin Sariyah RA yang menceritakan; Rasulullah SAW mengerjakan solat subuh bersama kami, kemudian baginda menghadapkan mukanya kepada kami, lalu menyampaikan peringatan dengan suatu peringatan yang sungguh-sungguh di mana baginda menyebutkan;
.
“Sesungguhnya aku telah tinggalkan kamu di atas agama yang terang yang malamnya seperti siangnya, tidak tersasar darinya setelah ketiadaanku melainkan orang yang bakal binasa.
.
Sesiapa yang masih hidup di kalangan kamu nescaya dia akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu semua berpegang dengan ajaran yang kamu ketahui dari sunnahku dan sunnah khulafak rasyidin yang sentiasa dalam petunjuk, gigitlah dengan geraham-geraham kamu.
.
Hendaklah kamu mentaati (pemimpin kamu) sekalipun dia seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya seorang mukmin (mudah dipimpin) sama seperti unta yang senang dipimpin. Apabila dipimpin (ke jalan Syarak) dengan mudah dia mengikutinya”.
.
(HR Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Majah. al-Jami' al-Saghier; 6096. Menurut al-Suyuti; hadis soheh).

Related Posts:

  • ADAB KETIKA BERSIN 1. Orang bersin ucap tahmid. Orang yang dengar ucap tasymit (يرحمك الله). Orang bersin menjawab tasymit;  (يهديكم الله ويصلح بالكم). 2. Menutup… Read More
  • DOSA MENYEMBUNYIKAN ILMUSabda Nabi SAW; مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ “Sesiapa ditanya tentang suatu ilmu, … Read More
  • HADIS-HADIS KELEBIHAN NISFU SYA'BAN 1. Hadis dari Mu’az bin Jabal RA yang menceritakan; Nabi SAW bersabda; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya, lalu Di… Read More
  • PESANAN NABI KETIKA BANYAK PERSELISIHANAl-‘Irbadh bin Sariyah RA yang menceritakan; Rasulullah SAW mengerjakan solat subuh bersama kami, kemudian baginda menghadapkan mukanya kepada kami, l… Read More
  • PANDUAN MENYAMBUT HARI RAYA DARI HADIS-HADIS NABI 1. Menghidupkan malam hari raya dengan ibadah. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya kerana mengharapkan pahala dari … Read More

0 comments: