Friday, May 15, 2020

WASIAT TERAKHIR NABI SAW

1. 90 hari sebelum wafat

Dari Ibnu ’Abbas –radhiyallahu ’anhu- menceritakan; ”Rasulullah –sallallahu ’alaihi wasallam- berkhutbah kepada orang ramai semasa hari Haji Perpisahan, di mana baginda bersabda; ”Sesungguhnya Syaitan telah kecewa untuk disembah di bumi kamu, namun ia berpuas hati untuk ditaati dalam perkara selain (ibadah) itu dari perkara yang kamu pandang kecil dari amalan-amalan kamu. Maka berjaga-jagalah wahai manusia. Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Sesungguhnya setiap muslim ialah saudara bagi muslim yang lain. Semua orang Islam adalah bersaudara. Tidak halal bagi seseorang dari harta saudaranya kecuali apa yang diberinya dari kerelaan hatinya. Janganlah kamu berlaku zalim. Janganlah kamu berpatah-balik kepada kekafiran selepas kematianku menyebabkan sesama kamu akan saling berbunuhan”.
(Riwayat Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak. Hadis ini adalah soheh. Lihat; kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111. Lihat juga; Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hadis no. 40).

2. 9 hari sebelum wafat

Turun kepada Nabi SAW wahyu yang terakhir, iaitu (ayat) yang bermaksud;


2. 5 hari sebelum wafat

عن جندب رضي الله عنه قال: سمعت رسول اللَّه صلى الله عليه وسلم قبل أن يموت بخمس وهو يقول: (ألا وإن من كان قبلكم كانوا يتخذون قبور أنبيائهم وصالحيهم مساجد, ألا فلا تتخذوا القبور مساجد، إني أنهاكم عن ذلك) رواه مسلم
Jundub RA menceritakan; aku telah mendengar Nabi SAW 5 hari sebelum wafatnya bersabda; "Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur para Nabi mereka dan orang-orang soleh mereka sebagai masjid-masjid. Ingatlah, jangan kamu turut (seperti mereka) dengan menjadikan kubur-kubur sebagai masjid. Aku benar-benar menegah kamu dari melakukannya" (HR Muslim).

3. 4 hari sebelum wafat

3029 - حدَّثنا سعيدُ بن منصورٍ، حدَّثنا سفيانُ بن عُيينةَ، عن سليمانَ الأحولِ، عن سعيدِ بن جُبيرٍ
عن ابن عباس: أن رسولَ الله -صلَّى الله عليه وسلم- أوصى بثلاثةٍ، فقال: "أخْرِجُوا المشركين مِن جزيرةِ العربِ، وأجيزُوا الوَفْدَ بنَحْوٍ مما كنتُ أُجيزُهُم".
قال ابنُ عباس: وسكتَ عن الثالثةِ - أو قال: فأُنسيتُها-
Sulaiman al-Ahwal menceritakan; dari Sa'id bin Jubair yang menceritakan; Ibnu 'Abbas RA menceritakan; pada hari khamis sebelum kewafatan Nabi SAW (baginda wafat pada hari isnin) baginda telah memberi 3 pesanan;
1. Usir semua orang-orang musyrikin dari semenanjung Arab,
2. Layanilah utusan luar sebagaimana aku melayani mereka
3. Kata Ibnu 'Abbas RA; yang ketiga ini aku lupa
(Sunan Abu Daud; 3029. Lihat hadis yang sama; al-Bukhari; 3053).

Sebahagian ulamak berkata; wasiat yang ketiga itu ialah al-Quran. Ada berkata; mempersiapkan pasukan tentera Usamah RA. Ada berkata; larangan menjadikan kubur sebagai masjid. Ada berkata; solat (Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar).

4. 3 hari sebelum wafat

عن جابر رضي الله عنه قال: (سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول قبل موته بثلاث: لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله عز وجل) رواه مسلم.

Jabir RA menceritakan; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda -3 hari sebelum baginda wafat-; "Janganlah sesiapa dari kamu mati melainkan dalam keadaan dia bersangka baik dengan Allaj" (HR Muslim; 2877).

5. Hari kewafatan baginda

عن علي رضي الله عنه قال: (كان آخر كلام النبي صلى الله عليه وسلم: الصلاة الصلاة، وما ملكت أيمانكم) رواه أبو داود.
Dari 'Ali RA yang menceritakan; ucapan (pesanan) terakhir Nabi SAW (sebelum wafat) ialah; jagalah solat, jagalah solat dan jagalah hamba yang kamu miliki (HR Abu Daud; 5156).

6. Detik terakhir

Saidatina 'Aisyah RA menceritakan; perkataan terakhir yang diucapkan Nabi SAW ialah "اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى" (Ya Allah, teman tertinggi)" sambil mengangkat jarinya dan matanya memandang tepat ke bumbung rumah. Baginda mengulanginya 3 kali, kemudian tangannya terkulai layu dan baginda pun wafat  (al-Bukhari; 4463. al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 554).

0 comments: