3 ORANG SOLAT MEREKA TIDAK DITERIMA ALLAH
.
Sabda Nabi SAW; "Tiga orang solat mereka tidak akan melepasi telinga mereka (yakni tidak diangkat kepada Allah);
.
1. Hamba yang melarikan diri dari tuannya selagi dia tidak pulang,
.
2. Isteri yang membiarkan dirinya berada dalam kemarahan suami sepanjang malam, dan.
.
3. Seorang yang mengimamkan (solat bagi) satu kaum sedangkan dia tahu mereka membencinya".
.
(Sunan al-Tirmizi; 360, dari Abu Umamah RA. Kata al-Tirmizi; hadis hasan).
.
Menurut ulamak; ancaman tersebut adalah bagi orang yang melakukannya tanpa alasan. Jika ada alasan seperti hamba yang melarikan diri kerana dizalimi tuannya atau isteri yang menimbulkan kemarahan suami kerana menuntut haknya atau suami memarahinya tanpa sebab, mereka tidaklah tergolong dalam hadis tersebut, kerana Allah maha adil untuk menghukum hambaNya tanpa sebab dari mereka.
.
Begitu juga, maksud imam yang dibenci itu ialah yang dibenci masyarakat kerana suatu alasan yang benar, seperti dia seorang yang fasik, atau zalim atau merampas jawatan imam, tidak ada kelayakan menjadi imam, buruk akhlak dan sebagainya. Menurut ulamak; orang yang mengetahui dia tidak disukai majoriti masrakat, makruh dia tampil megimamkan mereka dalam solat. Sebaiknya dia hendaklah menyerahkan jawatan imam itu kepada orang lain. Namun jika dia berdegil, masyarakat tidaklah makruh solat di belakangnya. Hukum makruh itu dia yang menanggungnya, bukan masyarakat. Dia mungkin akan tergolong dalam hadis di atas.
.
Rujukan; Mirqaat al-Mafatih; 1122. al-Qaul al-Taam Fi Ahkam al-Makmum wa al-Imam (Abil Fath al-Aqfahasyi), hlm. 129.
.
#mutiarahadis
Thursday, May 21, 2020
3 ORANG SOLAT MEREKA TIDAK DITERIMA ALLAH
Related Posts:
DOSA MENYEMBUNYIKAN ILMUSabda Nabi SAW; مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ “Sesiapa ditanya tentang suatu ilmu, … Read More
3 ORANG SOLAT MEREKA TIDAK DITERIMA ALLAH3 ORANG SOLAT MEREKA TIDAK DITERIMA ALLAH.Sabda Nabi SAW; "Tiga orang solat mereka tidak akan melepasi telinga mereka (yakni tidak diangkat kepada All… Read More
HADIS-HADIS KELEBIHAN NISFU SYA'BAN 1. Hadis dari Mu’az bin Jabal RA yang menceritakan; Nabi SAW bersabda; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya, lalu Di… Read More
JAUHI SYUBHAH DAN KERAGUANNabi SAW bersabda; فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ “Sesiapa me… Read More
CINCIN NABI SAWAnas RA menceritakan; «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الخَلَاءَ نَزَعَ خَاتَمَهُ» “Adalah Nabi SAW apabila … Read More
0 comments:
Post a Comment