Wednesday, June 19, 2013

MENGENALI DIRI


Kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita akan menjadi ahli syurga di akhirat nanti kerana Allah boleh mengubah segalanya termasuk hati. Sabda Nabi SAW; "Hati semua manusia berada di antara dua jari Yang Maha Rahman, Dia boleh mengubahnya mengikut kehendakNya" (al-Hadith. Soheh Muslim; 2654/17). Namun perjalanan kita hari ini boleh memberi petunjuk masa depan kita;
1. Jika kita suka menuntut ilmu agama, itu tanda kita sedang menuju ke syurga. Sabda Nabi SAW; "Sesiapa melalui satu jalan untuk mencari suatu ilmu (Allah), Allah akan mudahkan jalannya ke Syurga" (Soheh Muslim; 2699/38).
2. Jika kita bersih hati, itu tanda kita akan diterima Allah di akhirat. "Hari (kebangkitan) ialah hari yang tidak memberi manfaat harta dan anak-pinak, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati bersih" (Maksud al-Quran; as-Syu'ara', ayat 88-89).


3. Jika kita sentiasa menutup keaiban orang lain, itu tanda keaiban kita tak akan terbuka di akhirat. "Sesiapa menutup (keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di akhirat" (Soheh al-Bukhari; 2442).
4. Jika kita tergerak hati untuk banyak beristighfar, itu tanda Allah tidak mahu mengazab kita di akhirat. Kata Saidina 'Ali RA; "Bila Allah mengilhamkan seseorang itu untuk banyak beristighfar, itu tanda Allah tidak mahu mengazabnya di akhirat" (Ihya' 'Ulumiddin, imam al-Ghazali).
Banyak lagi sebenarnya. Dari al-Quran dan as-Sunnah kita boleh meramal masa depan kita. Namun kita masih perlu banyak berdoa/memohon dari Allah kerana Syurga milikNya, bukan milik kita atau milik sesiapa.

Related Posts:

  • BERAPA PAHALA MEMBACA SATU QURAN? Jumlah huruf dalam al-Quran ada 300 000 lebih (Menurut Imam Mujahid; 323015 huruf sebagaimana dinaqal oleh Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya). … Read More
  • RAHSIA PANJANG UMUR “Siapa ingin dilapangkan rezkinya (oleh Allah) dan dipanjangkan umur, hubungkanlah silaturrahim (tali persaudaraan dengan keluarga dan sahabat-handai… Read More
  • QURAN (1) Sabda Nabi SAW; "Setiap huruf diberi gandaan 10 kebajikan" (Jami' at-Tirmizi; 2910, hasan soheh). (2) Sabda Nabi SAW; "Bacalah al-Quran (dengan … Read More
  • MAKAN DULU SEBELUM SOLAT Dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu-; Sesungguhnya Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Apabila makan petang telah dihidangkan, mu… Read More
  • PEMIMPIN; BERTIMBANG RASALAH Doa Nabi SAW; اللهُمَّ، مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ، فَاشْقُقْ عَلَيْهِ، وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْ… Read More

0 comments: