Thursday, June 27, 2013

LARANGAN PUASA DI HUJUNG SYA'BAN

(1) Sabda Nabi SAW; "Apabila berbaki separuh daripada bulan sya'ban janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)" (Jami' at-Tirmizi; 738, hasan soheh).
(2) Sabda Nabi SAW; "Janganlah sesiapa mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa" (Soheh al-Bukhari; 1914).
(3) 'Ammar bin Yasir RA berkata; "Sesiapa berpuasa pada hari syak (30 sya'ban) dia mengingkari Abal Qasim (Nabi Muhammad SAW)" (HR al-Bukhari secara mu'allaq dan at-Tirmizi. Jami' at-Tirmizi; 686, hasan soheh).
 

Menurut Imam ar-Ruyani; hukum puasa selepas nisfu sya'ban adalah makruh. Adapun puasa sehari atau dua hari sebelum ramadhan hukumnya haram (Tuhfah al-Ahwazi; 2/275). Namun menurut ulamak dikecuali dari larangan tersebut tiga orang;
1. Orang yang meneruskan puasa yang dimulainya sebelum bulan
sya'ban masuk separuh kedua (yakni sebelum 16 sya'ban), sekurang-kurangnya ia berpuasa dari 15 sya'ban.
2. Orang yang meneruskan kebiasaan puasanya; seperti ia biasa berpuasa isnin dan khamis atau puasa nabi daud AS.
3. Puasa qadha, nazar dan kaffarah.

Related Posts:

  • TUNTUTAN HADIR KENDURISabda Nabi SAW; إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا “Sesiapa dari kamu dijemput kenduri, hendaklah dia menghadirinya” (HR al-Bu… Read More
  • RAHSIA PANJANG UMUR “Siapa ingin dilapangkan rezkinya (oleh Allah) dan dipanjangkan umur, hubungkanlah silaturrahim (tali persaudaraan dengan keluarga dan sahabat-handai… Read More
  • TIGA TANDA KEMANISAN IMAN Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- meriwayatkan dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- yang bersabda; “Tiga perkara. Sesiapa yang tiga perkara ini … Read More
  • MAKAN DULU SEBELUM SOLAT Dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu-; Sesungguhnya Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Apabila makan petang telah dihidangkan, mu… Read More
  • SOLAT SUNAT SELEPAS ISYAK Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu; -       2 rakaat sebe… Read More

0 comments: