Di dalam al-Quran disebut susu ternakan secara umum (lihat; an-Nahl,
ayat 66). Ia merangkumi susu lembu, unta, kambing dan biri-biri. Hadis
ada menyebutkan kelebihan susu tertentu secara khusus. 1) SUSU
LEMBU; Sabda Nabi SAW; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan dia
menurunkan bersamanya ubat. Hendaklah kamu mengamalkan susu lembu,
kerana ia makan dari pokok-pokok” (Soheh
Ibnu Hibban; 6075, dari Ibnu Mas’ud RA. Status hadis; isnadnya...
Saturday, June 29, 2013
Friday, June 28, 2013
ANTARA MADU DAN SUSU
Kedua-duanya amat baik, disebut dalam al-quran. Namun yang mana lebih
baik? Susu disebut di 2 tempat (Muhammad; 15. an-Nahl; 66), madu juga di
2 tempat sahaja (Muhammad; 15. an-Nahl; an-Nahl; 69). Dalam hadis
Mikraj, Nabi SAW menceritakan; (setelah melihat sidratul muntaha), di
bawa kepada baginda tiga bekas minuman; satu berisi arak, satu berisi
susu dan satu bekas lagi berisi madu.
Baginda mengambil bekas berisi susu. Lantas Jibril berkata;...
Thursday, June 27, 2013
LARANGAN PUASA DI HUJUNG SYA'BAN
(1) Sabda Nabi SAW; "Apabila berbaki separuh daripada bulan sya'ban
janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)" (Jami' at-Tirmizi;
738, hasan soheh). (2) Sabda Nabi SAW; "Janganlah sesiapa mendahului
Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang
yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa" (Soheh al-Bukhari;
1914). (3) 'Ammar bin Yasir RA
berkata; "Sesiapa berpuasa pada hari syak (30 sya'ban) dia mengingkari...
3 PENYEMBUH
Diriwayatkan
daripada Ibnu 'Abbas r.huma bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Penyembuh itu terdapat pada tiga perkara: Berbekam, minum madu,
al-kayy, Aku menegah umatku daripada al-kayy" (sahih Al-Bukhari: 568...
‘UD HINDI @ AL-QUSTU
Sabda Nabi SAW;
“Hendaklah kamu menggunakan ‘Ud Hindi. Padanya ubat/penyembuhan bagi
tujuh penyakit antaranya menitiskannya ke dalam hidung untuk mengubati
al-‘uzrah dan dimasukkan ke dalam mulut (melalui sebelah kanan atau kirinya) untuk mengubati Zatil-Janbi” (Soheh al-Bukhari: 5692).
Menurut ulamak; 'Ud Hindi dalam hadis di atas menyamai al-Qustu yang
disebut dalam hadis Nabi yang lain; “Sesungguhnya cara pengubatan yang
paling sesuai...
Saturday, June 22, 2013
HADIS-HADIS KELEBIHAN NISFU SYA'BAN
1. Hadis dari Mu’az bin Jabal RA yang menceritakan; Nabi SAW bersabda;
“Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya,
lalu Dia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang
yang bermusuh dengan saudara seagama” (HR Imam Hibban dan at-Thabrani
(Soheh Ibnu Hibban; 5665. Al-Mu’jam al-Kabir, at-Thabrabi; 215). Menurut
Imam al-Haithami; para perawi hadis ini
adalah tsiqah (lihat; Majma’ az-Zawaid; 12960). Menurut...
Friday, June 21, 2013
DUA PANDUAN HIDUP
Sabda Nabi SAW; "Aku
tinggalkan untuk kamu dua panduan, selama-lamanya kamu tidak akan
tersesat selagi kamu berpegang dengannya; Kitab Allah dan Sunnah
NabiNya" (Muqatta' Malik; 3338)....
Wednesday, June 19, 2013
MENGENALI DIRI
Kita
tidak boleh mendabik dada bahawa kita akan menjadi ahli syurga di
akhirat nanti kerana Allah boleh mengubah segalanya termasuk hati. Sabda
Nabi SAW; "Hati semua manusia berada di antara dua jari Yang Maha
Rahman, Dia boleh mengubahnya mengikut kehendakNya" (al-Hadith. Soheh
Muslim; 2654/17). Namun perjalanan kita hari ini boleh memberi petunjuk
masa depan kita; 1. Jika kita suka menuntut ilmu
agama, itu tanda kita sedang menuju ke syurga....
Tuesday, June 18, 2013
RAFIDHAH
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ- صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: {يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ يُسَمَّوْنَ: الرَّافِضَةَ، يَرْفُضُونَ الْإِسْلَامَ وَيَلْفُظُونَهُ، قَاتِلُوهُمْ فَإِنَّهُمْ مُشْرِكُونَ}
Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan
Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka...
Monday, June 17, 2013
UBAT KESUSAHAN DAN KERESAHAN
Saudara2
yang dalam kesusahan ketika ini, jika anda banyak berbuat kebajikan
ketika senang dulu, jangan khuatir kerana Allah pasti akan membantu
saudara. Saidatina Khadijah pernah memberi semangat kepada Nabi SAW
(ketika ketakutan baginda semasa wahyu pertama); 'Demi Allah, Allah
sekali-kali tidak akan mengecewakan kamu, kerana kamu sentiasa
bersilaturrahim, membantu orang yang susah, memuliakan tetamu,
menolong dalam menuntut hak...' (al-Bukhari;...
Sunday, June 16, 2013
PEMIMPIN; BERTIMBANG RASALAH
Doa Nabi
SAW;
اللهُمَّ، مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ، فَاشْقُقْ عَلَيْهِ، وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ، فَارْفُقْ بِهِ
"Ya Allah, sesiapa memimpin umatku, lalu dia memayahi mereka,
payahilah dia. Sesiapa memimpin umatku, lalu dia bertimbang rasa dengan
mereka, Engkau bertimbang rasalah kepadanya" (Soheh Muslim; 1828/11)....
KHATAM QURAN
Apa
sahaja surah yang dibaca dari al-Quran adalah baik. Begitu juga
mengamalkan bacaan surah-surah yang mempunyai kelebihan khusus yang
disebut oleh Nabi di dalam hadisnya. Namun, cara bacaan terbaik yang
menjadi amalan para Sahabat dan Salafussoleh ialah membaca dari awal
al-Quran (surah al-Fatihah) hingga ke penghujungnya (surah an-Naas)
iaitu berusaha mengkhatamkan al-Quran dalam jangka masa tertentu.
Sebaik mengkhatamnya, dimulai semua...
Friday, June 14, 2013
BERAPA PAHALA MEMBACA SATU QURAN?
Jumlah
huruf dalam al-Quran ada 300 000 lebih (Menurut Imam Mujahid; 323015
huruf sebagaimana dinaqal oleh Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya). Menurut hadis; "Setiap huruf diberi gandaan 10 kebajikan" (Jami'
at-Tirmizi; 2910, hasan soheh). Bayangkan berapa juta kebajikan kita
dapat dalam sebulan jika kita berjaya khatam al-Quran sebulan sekali; 3
juta/bulan, 100 000/hari. Menurut pengalaman rakan2;
jika dapat luangkan masa 1 jam sehari...
QURAN
(1) Sabda Nabi SAW; "Setiap huruf diberi gandaan 10 kebajikan" (Jami' at-Tirmizi; 2910, hasan soheh).
(2) Sabda Nabi SAW; "Bacalah al-Quran (dengan mengkhatamnya) pada setiap bulan" (Soheh Muslim; 115/184)....
Thursday, June 13, 2013
MENGAMBIL HARTA ORANG TANPA REDHANYA
(1) Nabi SAW juga bersabda; "Tidak halal harta milik seorang muslim
melainkan dengan keredhaan hatinya" (Dari Hanifah ar-Raqasyi RA. Musnad Ahmad; 20695. Syu'abil Iman, al-Baihaqi; 5105. Status hadis; soheh lighairi...
HADIAH
Sabda Nabi SAW; "Salinglah memberi hadiah nescaya kamu akan saling
berkasih sayang" (HR al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 594, dari Abu
Hurairah RA...
Wednesday, June 12, 2013
TAK BERTEGUR SAPA
"Tidak
halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya (*tidak bertegur
sapa, bermasam muka, memutus hubungan) lebih tiga hari. Orang terbaik
dari kedua mereka ialah yang mula-mula memberi salam" (HR al-Bukhari,
dari Abu Ayyub RA).
*Muhasabah; adik beradik tak bercakap bertahun-tahun kerana
berebut harta pusaka. Ada yang dulu sama-sama berniaga, sekarang saling
kata mengata dan berprasangka. Satu kampung,
tapi berbelas tahun tak...