Monday, January 31, 2022

SOLAT SUNAT SELEPAS ISYAK

 Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu;

-       2 rakaat sebelum zohor,

-       2 rakaat selepas selepas zohor

-       2 rakaat selepas maghrib

-       2 rakaat selepas insyak, dan;

-       2 rakaat sebelum subuh”.

(Soheh al-Bukhari; 1180).

Ibnu ‘Abbas RA menceritakan; “Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunah binti al-Harith RA -isteri Rasulullah SAW-, ketika itu baginda bermalam di rumah Maimunah. Setelah mengerjakan solat isyak, baginda pulang ke rumahnya, kemudian mengerjakan solat sunat 4 rakaat, kemudian tidur, dan kemudian bangun berqiamullail…” (Soheh al-Bukhari; 117).

Saidatina ‘Aisyah RA turut menceritakan; tidak pernah Rasulullah SAW pulang ke rumahku setelah mengerjakan solat Isyak melainkan baginda akan mengerjakan pula solat 4 rakaat atau 6 rakaat (Sunan Abu Daud; 1303).

Ibnu Mas’ud RA menceritakan;

مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ 

“Sesiapa mengerjakan solat sunat 4 rakaat selepas isyak tanpa diselangi antaranya dengan salam, sama seperti dia mengerjakan 4 rakaat pada malam al-Qadar (Lailatul Qadar)” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah; 2/127, isnadnya baik).

Menurut Imam al-Syaukani; hadis tersebut menunjukkan bahawa disyariatkan solat sunat 4 rakaat atau 6 rakaat selepas isyak dan ia tergolong dalam solat malam (yakni bukan ba’diyah Isyak) (Nailul Autar, 3/24). Imam Ibnu Qudamah pula menggolongkannya dalam tatawwu’ ma’a al-rawatib (solat-solat sunat bersama solat-solat rawatib) (al-Mughni, 2/96).


Related Posts:

  • MAKAN DULU SEBELUM SOLAT Dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu-; Sesungguhnya Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Apabila makan petang telah dihidangkan, mu… Read More
  • TIGA TANDA KEMANISAN IMAN Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- meriwayatkan dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- yang bersabda; “Tiga perkara. Sesiapa yang tiga perkara ini … Read More
  • SOLAT SUNAT SELEPAS ISYAK Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu; -       2 rakaat sebe… Read More
  • LAUNGKAN AZAN Abdullah bin ‘Abdurrahman bin Abi Sa’sa’ah al-Anshari menceritakan; Abu Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- berkata kepadanya; “Sesungguhnya aku mel… Read More
  • RAHSIA PANJANG UMUR “Siapa ingin dilapangkan rezkinya (oleh Allah) dan dipanjangkan umur, hubungkanlah silaturrahim (tali persaudaraan dengan keluarga dan sahabat-handai… Read More

0 comments: