(1) Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; Seorang lelaki
datang kepada Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wasallam-, lalu bertanya; ‘Ya
Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku layani dengan baik?’. Jawab
baginda; “Ibumu”. Ia bertanya lagi; ‘Kemudian siapa?’. Jawab baginda; “Ibumu’.
Ia bertanya lagi; ‘Setelah itu siapa?’. Jawab baginda; “Ibumu”. Ia bertanya
lagi; ‘Setelah itu siapa lagi?’. Baginda menjawab; “Bapamu” (Hadis riwayat Imam
al-Bukhari...
Tuesday, August 27, 2013
DIANGKAT PENA, ORANG TIDAK MUKALLAF
Sabda Nabi SAW; "Diangkat pena (yakni tidak ditulis, tidak diambil kira) dari tiga manusia;
1. Orang tidur hingga ia jaga,
2. Orang gila hingga ia sembuh dari gilanya
3. Kanak-kanak hingga ia baligh"
(Musnad Imam Ahmad; 940, 956, 1183, 1328, 1362, dari 'Ali RA, Soheh Lighairihi...
Friday, August 23, 2013
SOLAT SUNAT SECARA BERJAMAAH
1. Hadis Ibnu 'Abbas RA yang
menceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam
(qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Lihat; Soheh
al-Bukhari; 183. Muslim; 763/181).
2. Hadis Anas bin Malik RA yang
menceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telah
mengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku dan
budak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di...
Saturday, August 10, 2013
HADIS PUASA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL
Sabda Nabi SAW: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam 6 dalam bulan Syawal, ia seperti berpuasa sepanjang tahun" (Soheh Muslim; 1164/204. Dari Abu Ayyub al-Ansari RA. Hadis turut terdapat dalam Sunan/Jami' at-Tirmizi; 759 dan Sunan Abu Daud; 2433...
Friday, August 9, 2013
ANJING
ANJING; AYAT-AYAT AL-QURAN DAN BEBERAPA HADIS SOHEH TENTANGNYA Di dalam al-Quran, anjing disebut pada 2 tempat;
1. Surah al-A’raf (ayat 176). Maksud ayat; “Kalau Kami kehendaki,
nescaya Kami angkat darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung
kepada dunia dan mengikuti hawa nafsunya. Maka perumpamaannya seperti
anjing; jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu
membiarkannya dia mengulurkan juga
lidahnya. Begitulah...
Sunday, August 4, 2013
PANDUAN MENYAMBUT HARI RAYA DARI HADIS-HADIS NABI
1. Menghidupkan malam hari raya dengan ibadah. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa
bangun beribadah pada malam dua hari raya kerana mengharapkan pahala
dari Allah, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati yang
lain” (Sunan Ibnu Majah; 1782, dari Abu Umamah RA. Menurut an-Nawawi;
hadis ini dhaif. Namun kata beliau; hadis dhaif diberi kelonggaran untuk dipakai dalam fadhilat amalan. Lihat; al-Azkar, hlm. 260).
2. Menyelesaikan zakat fitrah...
Thursday, August 1, 2013
TANDA-TANDA LAILATUL QADAR DARI HADIS-HADIS SOHEH
1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas
makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh
Muslim, 1170/222). 2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan). 3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat
cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang
(Soheh Ibnu Hibban, 3688,...