Sabda Nabi SAW; "Sesungguhnya aku juga manusia. Apabila kamu bertikai di hadapanku, barangkali sebahagian kamu lebih pandai berhujjah dari sebahagian yang lain, lalu aku putuskan untuknya mengikut apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku putuskan untuknya sesuatu (yang bukan haknya tetapi) hak saudaranya, janganlah ia ambil kerana aku memotong untuknya potongan dari neraka" (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah; 36488, dari Ummu Salamah RA).
Tuesday, September 10, 2013
SAKSI TERBAIK
Zaid bin Khalid al-Juhani RA menceritakan; Nabi SAW bersabda;
* Menurut Imam an-Nawawi; ada berberapa andaian bagi maksud sebaik-baik saksi dalam hadis di atas, antaranya; seorang yang padanya ada penyaksian untuk seorang manusia bagi suatu haknya, namun orang itu tidak mengetahuinya, lalu dia tampil memaklumkan kepada orang tersebut bahawa dia adalah saksi untuknya bagi hak tersebut (Syarah Fuad 'Abdul Baqi).
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِ الشُّهَدَاءِ الَّذِي يَأْتِي بِشَهَادَتِهِ قَبْلَ أَنْ يُسْأَلَهَا
"Mahukah aku beritahu siapa sebaik-baik saksi?" Lalu baginda menjelaskan; "Iaitulah orang yang memberi kesaksiannya sebelum ia diminta memberi kesaksian" (Musnad Ahmad; 17040. Muslim; 1719).* Menurut Imam an-Nawawi; ada berberapa andaian bagi maksud sebaik-baik saksi dalam hadis di atas, antaranya; seorang yang padanya ada penyaksian untuk seorang manusia bagi suatu haknya, namun orang itu tidak mengetahuinya, lalu dia tampil memaklumkan kepada orang tersebut bahawa dia adalah saksi untuknya bagi hak tersebut (Syarah Fuad 'Abdul Baqi).
KEJELASAN DALAM KESAKSIAN
Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Nabi SAW ditanya tentang syahadah (memberi kesaksian). Lantas baginda berkata kepada orang yang bertanya; "Adakah kamu melihat matahari?". Ia menjawab; 'Ya'. Nabi berkata kepadanya; "Jika jelas seumpama itu, berilah penyaksian, atau tinggal saja (dari memberi kesaksian)" (Syu'abil-Iman, Imam al-Baihaqi; 10469).
Tuesday, August 27, 2013
BERBAKTI KEPADA IBU-BAPA
(1) Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; Seorang lelaki
datang kepada Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wasallam-, lalu bertanya; ‘Ya
Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku layani dengan baik?’. Jawab
baginda; “Ibumu”. Ia bertanya lagi; ‘Kemudian siapa?’. Jawab baginda; “Ibumu’.
Ia bertanya lagi; ‘Setelah itu siapa?’. Jawab baginda; “Ibumu”. Ia bertanya
lagi; ‘Setelah itu siapa lagi?’. Baginda menjawab; “Bapamu” (Hadis riwayat Imam
al-Bukhari dan Muslim).
(2) Abdullah bin Mas’ud r.a. menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah; ‘Apakah amalan yang paling disukai Allah?’. Baginda menjawab;
(3) Sabda Nabi SAW; “Seorang anak tidak akan berupaya membalas jasa-jasa ibu-bapanya melainkan apabila ia menemui ibu-bapanya seorang hamba yang dimiliki, lalu ia membelinya dan membebaskannya” (Hadis riwayat Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.).
(4) Sabda Nabi SAW; “Keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa dan kemurkaan Tuhan berada pada kemurkaan ibu-bapa” (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dan al-Hakim dari ‘Abdullah bin ‘Amru r.a.. Menurut as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4456).
(5) Abi Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; Seorang lelaki dari penduduk Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah. Lalu baginda bertanya beliau; “Adakah kamu ada meninggalkan seseorang di Yaman?”. Ia menjawab; “Ya, dua ibu-bapaku”. Nabi bertanya beliau; “Adakah kedua mereka memberi izin kepadamu”. Ia menjawab; ‘Tidak’. Lantas Nabi berkata kepadanya;
(2) Abdullah bin Mas’ud r.a. menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah; ‘Apakah amalan yang paling disukai Allah?’. Baginda menjawab;
الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا
“Solat
pada waktunya”.
Aku
bertanya lagi; ‘Setelah itu apa?’. Baginda menjawab;
بِرُّ الْوَالِدَيْنِ
“Berbuat
baik kepada dua ibu-bapa”.
Aku
bertanya lagi; ‘Setelah itu apa?’. Baginda menjawab;
الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Berjihad
di jalan Allah”
(Hadis
riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
(3) Sabda Nabi SAW; “Seorang anak tidak akan berupaya membalas jasa-jasa ibu-bapanya melainkan apabila ia menemui ibu-bapanya seorang hamba yang dimiliki, lalu ia membelinya dan membebaskannya” (Hadis riwayat Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.).
(4) Sabda Nabi SAW; “Keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa dan kemurkaan Tuhan berada pada kemurkaan ibu-bapa” (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dan al-Hakim dari ‘Abdullah bin ‘Amru r.a.. Menurut as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4456).
(5) Abi Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; Seorang lelaki dari penduduk Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah. Lalu baginda bertanya beliau; “Adakah kamu ada meninggalkan seseorang di Yaman?”. Ia menjawab; “Ya, dua ibu-bapaku”. Nabi bertanya beliau; “Adakah kedua mereka memberi izin kepadamu”. Ia menjawab; ‘Tidak’. Lantas Nabi berkata kepadanya;
“Pulanglah
kepada mereka berdua dan mintalah keizinan mereka. Jika mereka mengizinkanmu,
maka berjihadlah (bersamaku). Jika tidak, berbaktilah kepada mereka” (Hadis
riwayat Imam Abu Daud).
(6) Mu’awiyah
bin Jahimah menceritakan dari bapanya yang menceritakan; Aku telah berjumpa
dengan Nabi untuk meminta pandangannya tentang hasratku untuk keluar berjihad.
Lalu baginda bertanyaku; “Apakah kamu masih memiliki dua ibu-bapa?”. Jawabku;
‘Ya’. Baginda lalu berkata;
الْزَمْهُمَا فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ
أَرْجُلِهِمَا
“Jagalah
mereka berdua kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka” (Hadis riwayat Imam
at-Thabrani dengan sanad yang baik. Lihat; al-Muntaqa, Dr. Yusuf al-Qaradhawi,
hadis no. 1475).
(7) Sabda Nabi SAW; “Sesiapa
yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezkinya, maka berbaktilah kepada
dua ibu-bapanya dan hubungkanlah ikatan persaudaraannya” (Hadis riwayat Imam
Ahmad dari Anas bin Malik r.a.).
(8) Sabda Nabi SAW; “Berbaktilah
kepada ibu-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu.
Peliharalah kehormatan dirimu, nercaya isteri-isteri kamu akan memelihara
kehormatan mereka” (Hadis riwayat Imam at-Thabrani dengan sanad yang baik dari
Ibnu ‘Umar r.a.. Lihat; al-Muntaqa, hadis no. 1480).
DIANGKAT PENA, ORANG TIDAK MUKALLAF
Sabda Nabi SAW; "Diangkat pena (yakni tidak ditulis, tidak diambil kira) dari tiga manusia;
1. Orang tidur hingga ia jaga,
2. Orang gila hingga ia sembuh dari gilanya
3. Kanak-kanak hingga ia baligh" (Musnad Imam Ahmad; 940, 956, 1183, 1328, 1362, dari 'Ali RA, Soheh Lighairihi).
1. Orang tidur hingga ia jaga,
2. Orang gila hingga ia sembuh dari gilanya
3. Kanak-kanak hingga ia baligh" (Musnad Imam Ahmad; 940, 956, 1183, 1328, 1362, dari 'Ali RA, Soheh Lighairihi).
Friday, August 23, 2013
SOLAT SUNAT SECARA BERJAMAAH
1. Hadis Ibnu 'Abbas RA yang
menceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam
(qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Lihat; Soheh
al-Bukhari; 183. Muslim; 763/181).
2. Hadis Anas bin Malik RA yang menceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telah mengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku dan budak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di belakang kami) (Soheh al-Bukhari; 727, 871. Muslim; 658/266).
3. Hadis 'Itban bin Malik RA yang menceritakan; Nabi SAW datang kerumahnya dan berkata; 'Di mana tempat di rumahmu yang kamu suka aku solat di situ?". Aku menunjukkan satu tempat. Lalu baginda bertakbir (melakukan solat) dan kami membuat saf di belakangnya (yakni turut berjamaah dengannya). Baginda solat sebanyak dua rakaat. (Soheh al-Bukhari; 424. Muslim; 263/33).
Imam an-Nawawi menjelaskan (dengan berdalilkan hadis-hadis di atas); “Solat-solat selain solat hari raya, solat gerhana, solat istisqa’, solat terawih dan witir selepasnya –seperti solat-solat sunat rawatib, dhuha dan sunat-sunat mutlak- tidak disyariatkan berjamaah, yakni tidak disunatkan berjamaah, namun jika dilakukan secara berjamaah dibolehkan dan tidak dianggap makruh” (al-Majmu’, 4/55).
Saturday, August 10, 2013
HADIS PUASA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL
Sabda Nabi SAW: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam 6 dalam bulan Syawal, ia seperti berpuasa sepanjang tahun" (Soheh Muslim; 1164/204. Dari Abu Ayyub al-Ansari RA. Hadis turut terdapat dalam Sunan/Jami' at-Tirmizi; 759 dan Sunan Abu Daud; 2433).





