Monday, January 31, 2022

AMALAN PALING DISUKAI ALLAH

Nabi SAW bersabda; Allah berfirman (dalam hadis qudsi);

“Tidak ada amalan yang paling Aku sukai hambaku (melakukannya untuk) mendekatkan dirinya kepadaKu melebihi dari amalan yang telah aku fardhukan ke atasnya. Dan berterusanlah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan (mengerjakan) amalan-amalan yang sunat hinggalah Aku kasih kepadanya. Apabila Aku kasih kepadanya, maka Akulah (yang menjaga) pendengarannya yang ia mendengar dengannya, Akulah (yang menjaga) penglihatannya yang ia melihat dengannya, Akulah (yang menjaga) tangannya yang ia menyentuh dengannya dan Akulah juga (yang menjaga) kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan demi jika ia meminta kepadaKu, pasti Aku akan berikan kepadanya dan demi jika ia memohon perlindungan kepadaKu, pasti Aku berikan perlindungan kepadanya” (HR al-Bukhari)

JAUHI SYUBHAH DAN KERAGUAN

Nabi SAW bersabda;

فَمَنِ ‌اتَّقَى ‌الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ

“Sesiapa memelihara dirinya dari perkara syubhah, maka sesungguhnya dia mengambil sikap menjaga agama dan kehormatan diri. Sesiapa yang terjatuh dalam yang syubhah, maka dia mungkin akan terjatuh ke dalam yang haram” (HR Muslim).

Sabda Nabi SAW;

دَعْ مَاْ يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ

‘Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu (dengan beralih) kepada perkara yang tidak meragukan kamu (yakni yang tidak menimbulkan syubhat bagimu)” (HR al-Tirmizi dan al-Nasai. Hadis hasan soheh).


DOSA MENYEMBUNYIKAN ILMU

Sabda Nabi SAW;

مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Sesiapa ditanya tentang suatu ilmu, lalu dia menyembunyikannya, nescaya Allah akan menambat hidung/mulutnya dengan tali tambatan neraka pada hari kiamat nanti” (HR Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibnu Majah).

CINCIN NABI SAW

Anas RA menceritakan;

«كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌إِذَا ‌دَخَلَ ‌الخَلَاءَ نَزَعَ خَاتَمَهُ»

“Adalah Nabi SAW apabila memasuki tandas, baginda akan membuang cincinnya” (Jami’ al-Tirmizi; 1746, hadis hasan soheh gharib).

Dalam riwayat lain;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " ‌لَبِسَ ‌خَاتَمًا ‌نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ، فَكَانَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ وَضَعَهُ "

“Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai cincin yang berukir “Muhammad Rasul Allah” (محمد رسول الله), maka apabila baginda memasuki tandas, baginda akan menanggalnya” (HR al-Baihaqi).

MENCEGAH MUNKAR

Sabda Nabi SAW;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا ‌فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

“Sesiapa melihat suatu kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman” (HR Muslim).

SOLAT SUNAT SELEPAS ISYAK

 Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu;

-       2 rakaat sebelum zohor,

-       2 rakaat selepas selepas zohor

-       2 rakaat selepas maghrib

-       2 rakaat selepas insyak, dan;

-       2 rakaat sebelum subuh”.

(Soheh al-Bukhari; 1180).

Ibnu ‘Abbas RA menceritakan; “Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunah binti al-Harith RA -isteri Rasulullah SAW-, ketika itu baginda bermalam di rumah Maimunah. Setelah mengerjakan solat isyak, baginda pulang ke rumahnya, kemudian mengerjakan solat sunat 4 rakaat, kemudian tidur, dan kemudian bangun berqiamullail…” (Soheh al-Bukhari; 117).

Saidatina ‘Aisyah RA turut menceritakan; tidak pernah Rasulullah SAW pulang ke rumahku setelah mengerjakan solat Isyak melainkan baginda akan mengerjakan pula solat 4 rakaat atau 6 rakaat (Sunan Abu Daud; 1303).

Ibnu Mas’ud RA menceritakan;

مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ 

“Sesiapa mengerjakan solat sunat 4 rakaat selepas isyak tanpa diselangi antaranya dengan salam, sama seperti dia mengerjakan 4 rakaat pada malam al-Qadar (Lailatul Qadar)” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah; 2/127, isnadnya baik).

Menurut Imam al-Syaukani; hadis tersebut menunjukkan bahawa disyariatkan solat sunat 4 rakaat atau 6 rakaat selepas isyak dan ia tergolong dalam solat malam (yakni bukan ba’diyah Isyak) (Nailul Autar, 3/24). Imam Ibnu Qudamah pula menggolongkannya dalam tatawwu’ ma’a al-rawatib (solat-solat sunat bersama solat-solat rawatib) (al-Mughni, 2/96).


BERISTIGHFAR UNTUK SEKELIAN ORANG BERIMAN

Nabi SAW bersabda;

مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً

“Sesiapa memohon ampun untuk semua kaum beriman lelaki dan perempuan, Allah akan menulis untuknya bagi setiap orang beriman lelaki dan orang beriman perempuan satu kebajikan” (Musnad as-Syamiyyiin, at-Tabrani; 2155. Dari ‘Ubadah bin as-Somit RA. Menurut al-Haithami; isnadnya jayyid. Majma’ az-Zawaid; 17598).