Wednesday, September 28, 2016

TAKWA, TAUBAT & AKHLAK

Sabda Nabi SAW;
اتَّقِ اللهِ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
"Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada, ikutilah kejahatan dengan kebaikan yang memadamkannya, berakhlah dengan manusia dengan akhlak yang baik" (Sunan at-Tirmizi; 1987, dari Abu Zar RA, menurut at-Tirmizi; hasan soheh).

* Maksud "ikutilah kejahatan dengan kebaikan yang memadamkannya" merangkumi dua maksud;
1. Iaitu dengan bertaubat dan melakukan ketaatan secara keseluruhannya.
2. Dengan melakukan kebaikan yang sebalik kepada kejahatan yang pernah dilakukan. Mendengar hiburan-hiburan yang melalaikan dikafarahkan dengan mendengar al-Quran, majlis zikir dan peringatan (mau'izah). Cintakan dunia dikafarahkan dengan cintakan akhirat. Riyak dikafarahkan dengan ikhlas. Hasad dikafarahkan dengan redha. Kejahatan kepada saudara muslim dikafarahkan dengan kebaikan kepadanya. Takbur dikafarahkan dengan tawadhuk (Rujuk; Mirqaat al-Mafatih).
* "yang memadamkannya" yakni semoga Allah memadamkan kesan-kesannya dari hati atau Allah memadamkannya dari buku cacatan kita (Mirqaat al-Mafatih).

Related Posts:

  • TIGA TANDA KEMANISAN IMAN Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- meriwayatkan dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- yang bersabda; “Tiga perkara. Sesiapa yang tiga perkara ini … Read More
  • HADIAH Sabda Nabi SAW; "Salinglah memberi hadiah nescaya kamu akan saling berkasih sayang" (HR al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 594, dari Abu Hurai… Read More
  • TAK BERTEGUR SAPA "Tidak halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya (*tidak bertegur sapa, bermasam muka, memutus hubungan) lebih tiga hari. Orang terbaik … Read More
  • MENGAMBIL HARTA ORANG TANPA REDHANYA (1) Nabi SAW juga bersabda; "Tidak halal harta milik seorang muslim melainkan dengan keredhaan hatinya" (Dari Hanifah ar-Raqasyi RA. Musnad Ahmad; 2… Read More
  • UBAT KESUSAHAN DAN KERESAHAN Saudara2 yang dalam kesusahan ketika ini, jika anda banyak berbuat kebajikan ketika senang dulu, jangan khuatir kerana Allah pasti akan membantu s… Read More

0 comments: