Wednesday, August 27, 2008

PEGANGAN UMAT ISLAM, PERSAUDARAAN ISLAM

Dari Ibnu ’Abbas –radhiyallahu ’anhu- menceritakan; ”Rasulullah –sallallahu ’alaihi wasallam- berkhutbah kepada orang ramai semasa hari Haji Perpisahan, di mana baginda bersabda; ”Sesungguhnya Syaitan telah kecewa untuk disembah di bumi kamu, namun ia berpuas hati untuk ditaati dalam perkara selain (ibadah) itu dari perkara yang kamu pandang kecil dari amalan-amalan kamu. Maka berjaga-jagalah wahai manusia. Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Sesungguhnya setiap muslim ialah saudara bagi muslim yang lain. Semua orang Islam adalah bersaudara. Tidak halal bagi seseorang dari harta saudaranya kecuali apa yang diberinya dari kerelaan hatinya. Janganlah kamu berlaku zalim. Janganlah kamu berpatah-balik kepada kekafiran selepas kematianku menyebabkan sesama kamu akan saling berbunuhan”.
(Riwayat Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak. Hadis ini adalah soheh. Lihat; kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111. Lihat juga; Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hadis no. 40).

Related Posts:

  • ANJING ANJING; AYAT-AYAT AL-QURAN DAN BEBERAPA HADIS SOHEH TENTANGNYA Di dalam al-Quran, anjing disebut pada 2 tempat; 1. Surah al-A’raf (ayat 176). Ma… Read More
  • MENGAMBIL HARTA ORANG TANPA REDHANYA (1) Nabi SAW juga bersabda; "Tidak halal harta milik seorang muslim melainkan dengan keredhaan hatinya" (Dari Hanifah ar-Raqasyi RA. Musnad Ahmad; 2… Read More
  • TAK BERTEGUR SAPA "Tidak halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya (*tidak bertegur sapa, bermasam muka, memutus hubungan) lebih tiga hari. Orang terbaik … Read More
  • ANJING DAN PATUNG Nabi SAW bersabda; لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ، وَلَا تَمَاثِيلُ “Para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdap… Read More
  • PEGANGAN UMAT ISLAM, PERSAUDARAAN ISLAM Dari Ibnu ’Abbas –radhiyallahu ’anhu- menceritakan; ”Rasulullah –sallallahu ’alaihi wasallam- berkhutbah kepada orang ramai semasa hari Haji Perpisah… Read More

0 comments: