Thursday, April 9, 2020

AMAL SOLEH SEBELUM MATI

 
Sabda Nabi SAW "Jika Allah mengendaki kebaikan untuk seorang hambaNya, Dia akan menjadikan hambanya beramal". lalu para sahabat bertanya; Bagaimana Allah menjadikannya beramal?. Jawab Nabi SAW; "Allah memberi taufik kepadanya untuk suatu amal soleh sebelum matinya, kemudian mencabut nyawanya di atas amalan itu" (al-Tirmizi; 2142, hasan soheh). Dalam riwayat lain; "Allah membuka pintu untuknya kepada suatu amal soleh sebelum kematiannya sehingga orang sekelilingnya menjadi redha kepada" (Musnad Ahmad; 21949)


12214 - حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، أَخْبَرَنَا حُمَيْدٌ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " لَا عَلَيْكُمْ أَنْ لَا تَعْجَبُوا بِأَحَدٍ، حَتَّى تَنْظُرُوا بِمَ يُخْتَمُ لَهُ، فَإِنَّ الْعَامِلَ يَعْمَلُ زَمَانًا مِنْ عُمْرِهِ، أَوْ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ، بِعَمَلٍ صَالِحٍ، لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ، ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلًا سَيِّئًا، وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ الْبُرْهَةَ مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ سَيِّئٍ، لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ النَّارَ، ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلًا صَالِحًا، وَإِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَبْلَ مَوْتِهِ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ " يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ، ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ "

(Musnad Ahmad)

21949 - حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ، حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَمِقِ الْخُزَاعِيِّ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: " إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ " قِيلَ: وَمَا اسْتَعْمَلَهُ؟ قَالَ: " يُفْتَحُ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ بَيْنَ يَدَيْ مَوْتِهِ حَتَّى يَرْضَى عَنْهُ مَنْ حَوْلَهُ " (2)

(Musnad Ahmad)

2142 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ فَقِيلَ: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ.
هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ.

(al-Tirmizi)

Friday, April 3, 2020

MEMELUK DAN MENGUCUP UNTUK MENGHORMATI

Terdapat hadis melarang dan ada pula hadis mengharuskannya. Hadis melarang;
2728 - حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ؟ قَالَ: نَعَمْ.
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Anas RA menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi SAW; Ya Rasulullah SAW, jika seorang lelaki dari kalangan kami bertemu saudaranya atau sahabatnya, bolehkan dia tuntuk kepadanya? Jawab Nabi; "Tidak boleh". Dia bertanya lagi; bolehkah kalau dia merangkulnya dan mengucupnya? Jawab baginda; "Tidak". Dia bertanya lagi; Kalau dia menjabat tangannya? Jawab baginda; 'Yang itu boleh" (Sunan al-Tirmizi; 2728, hadis hasan).

Hadis yang membenarkannya;

Aisyah RA menceritakan; apabila Zaid bin Harithah RA tiba ke Madinah (dari suatu musafir atau peperangan), dia datang ke rumah Nabi SAW ketika aku sedang bersama baginda. Dia mengetuk pintu, lalu Nabi menyambutnya dengan memeluk dan mengucupnya (Sunan al-Tirmizi; 2733).

Berkata pengarang Tuhfah al-Ahwazi; hadis Anas RA bagi orang yang bukan tiba dari musafir. Adapun hadis Aisyah adalah bagi orang yang tiba dari musafir. (7/152)

Kesimpulan; memeluk dan mengucup harus jika tiba dari musafir. Terdapat hadis dari Anas RA menceritakan; para sahabat jika bertemu mereka berjabat tangan sahaja, jika baru tiba dari musafir mereka berpelukan (HR al-Tabrani dalam al-Awsat. Dinaqalkan dari Tuhfah al-Ahwazi).

HUKUM TUNDUK HORMAT

2728 - حَدَّثَنَا سُوَيْدٌ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللهِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ؟ قَالَ: لاَ، قَالَ: أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ؟ قَالَ: نَعَمْ.
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Anas RA menceritakan; seorang lelaki bertanya Nabi SAW; Ya Rasulullah SAW, jika seorang lelaki dari kalangan kami bertemu saudaranya atau sahabatnya, bolehkan dia tuntuk kepadanya? Jawab Nabi; "Tidak boleh". Dia bertanya lagi; bolehkah kalau dia merangkulnya dan mengucupnya? Jawab baginda; "Tidak". Dia bertanya lagi; Kalau dia menjabat tangannya? Jawab baginda; 'Yang itu boleh" (Sunan al-Tirmizi; 2728, hadis hasan).

Menurut kitab Tuhfah al-Ahwazi; maksud (أَيَنْحَنِي لَهُ) ialah mencondongkan kepala dan belakang. Nabi menegahnya kerana ia menyerupai ibadat iaitu rukuk dan sujud (7/148). 

Thursday, April 2, 2020

ADAB KETIKA BERSIN

1. Orang bersin ucap tahmid. Orang yang dengar ucap tasymit (يرحمك الله). Orang bersin menjawab tasymit;  (يهديكم الله ويصلح بالكم).

2. Menutup mulut dan merendahkan suara.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ ثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ. رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَأَبُو دَاوُدَ. وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيح

Abu Hurairah RA menceritakan; Nabi SAW apabila bersin baginda akan menutup mukanya dengan tangannya atau pakaiannya serta merendahkan suaranya (HR al-Tirmizi dan Abu Daud. Hadis hasan soheh).

(وَغَضَّ) أَيْ: خَفَضَ أَوْ نَقَصَ بِهَا، أَيْ: بِالْعَطْسَةِ أَوْ بِالتَّغْطِيَةِ (صَوْتَهُ) : وَالْمَعْنَى لَمْ يَرْفَعْهُ بِصَيْحَةٍ، وَالْجَارُّ وَالْمَجْرُورُ مُتَعَلِّقٌ بِصَوْتِهِ.
Rujukan; Mirqaat al-Mafatih.

Dalam riwayat al-Hakim;

عن أبي هريرة ـ رضي الله عنه ـ قال: قال رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ: (إذا عطس أحدكم فليضع كفيه على وجهه، وليخفض صوته) 

Berkata Ibnu Muflih dalam kitabnya al-Adab al-Syar'iyyah;

(ويُسن أن يغطي العاطس وجهه، ويخفض صوته إلا بقدر ما يسمع جليسه ليشمته.

(https://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=205122)

3. Jika seorang bersin berulang-ulang kali dan mengucapkan tasymit setiap kali bersin, kita dituntut bertasymit hingga tiga kali sahaja.


عَنْ إِيَاسِ بْنِ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُشَمَّتُ الْعَاطِسُ ثَلَاثًا، فَمَا زَادَ فَهُوَ مَزْكُومٌ»

Dari Salamah bin al-Akwa' RA menceritakan; Rasulullah SAW bersabda; "Ditasymitkan orang bersin sebanyak tiga kali. Adapun yang lebih dari itu, maka orang yang bersin itu ditimpa zukam (selesema)" (Sunan Ibnu Majah; 3714).

Berkata DR Mustafa al-Bugha; maksud mazkum ialah ditimpa zukam (selesema; Kamus Marbawi) hingga menyebabkan dia banyak bersin, maka tidak perlu lagi mentasymitnya (Mukhtasar Sunan Ibnu Majah).

Hadis yang sama terdapat dalam Soheh Muslim; 2993, al-Tirmizi; 2743 (hasan soheh), Abu Daud; 5037.

Berkata Imam al-Nawawi; jika seseorang itu berulang bersin berturut-turut, maka yang menjadi sunnah mentasymitnya setiap kali ia bertahmid hingga sampai tiga kali.

Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; jika ia bersin tiga kali dan engkau telah mentasymitnya tiga kali, setelah itu (jika ia bersin lagi), katakan kepadanya; "عافاك الله إنك مزكزم".

Rujukan; (islamqa.info/ar/answer/170266).

Tuesday, March 31, 2020

SELAWAT SEDEKAH/ZAKAT

280- باب الصلاة على النبي صلى الله وعليه وسلم
640 - عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (أَيُما رَجلٍ مُسلمٍ لَم يَكن عِندهُ صَدقة فَليقلْ فِي دُعائه: اللهُم صَلِ عَلى مُحمدٍ عَبدِك ورسُولِك، وصَلِ عَلى المُؤمنينَ والمُؤمنَاتِ والمُسلمينَ والمُسلِمات، فَإنَّها لَه زَكاةٌ)

Dari Abu Sa'id al-Khudri RA; Nabi SAW bersabda; "Mana-mana lelaki muslim yang tidak ada harta untuk disedekahkan, maka ucapkanlah dalam doanya (selawat berikut);
اللهُم صَلِ عَلى مُحمدٍ عَبدِك ورسُولِك، وصَلِ عَلى المُؤمنينَ والمُؤمنَاتِ والمُسلمينَ والمُسلِمات
"Ya Allah, limpahilah selawat (rahmat dan keredhaanMu) ke atas (Nabi) Muhammad SAW hambaMu dan RasulMu, dan limpahilah juga selawat (rahmat dan keredhaanMu) ke atas sekelian orang beriman yang lelaki dan yang perempuan serta sekelian orang Islam lelaki dan perempuan"
Maka sesungguhnya selawat ini (umpama) zakat baginya (HR al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (640), Ibnu Hibban dalam Sohehnya (903), al-Hakim dalam al-Mustadrak (7175) dan al-Suyuti dalam al-Jami' al-Saghir (2950). Menurut al-Suyuti; hadis hasan).

Maksud "umpama zakat"; yakni membaca selawat ini seperti berzakat atau bersedekah kepada orang susah (Fidhul Qadier), atau pahala bagi pembacanya seperti bersedekah (al-Tanwir, Imam al-Son'ani).   

Tuesday, June 13, 2017

SANAD HADIS RAHMAH (MUSALSAL BIL-AWWALIYYAH)

المسلسل بالأولية
(حديث الرحمة)

عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ أَبِي قَابُوسَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-: ((الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ))
Diriwayatkan dari ‘Amru bin Dinar –rahimahullah-, dari Abi Qabus –rahimahullah-, dari ‘Abdullah bin ‘Amru –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Orang-orang yang pengasih akan dikasihi oleh Tuhan ar-Rahman (Tuhan yang maha pengasih). Kasihanilah orang yang di bumi, nescaya akan kasih kepada kamu orang yang di langit”. (Hadis ini terdapat dalam Musnad Imam Ahmad, al-Mustadrak (Imam al-Hakim), Sunan at-Tirmizi dan beberapa kitab hadis lagi. Semuanya melalui Sufyan bin ‘Uyainah –rahimahullah-).

(*Hadis ini dinamakan Musalsal Bil-Awwaliyah (yakni rantaian dengan hadis pertama) kerana perawi-perawi dalam rantaian rawi di atas tatkala meriwayatkan hadis ini kepada perawi selepasnya beliau akan menyebutkan; “Hadis adalah hadis yang pertama yang saya dengar dari guru saya (yakni perawi sebelumnya)”. Wallahu a’lam).

Sanad hadis

Saya (al-Faqir Ilallah; Ahmad Adnan bin Fadzil al-Azhari)(26) menerima hadis ini dari guru saya Syeikh Muhammad bin ‘Abduh bin Sulaiman al-Ahdal al-Yamani(25), beliau menerimanya dari beberapa guru beliau –antaranya Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani-(24) yang menerimanya dari beberapa orang guru beliau –antaranya Syeikh ‘Ali bin Falih az-Zahiri dan Ahmad bin ‘Abdullah al-Mukhallalati-(23) di mana mereka menerimanya dari Syeikh Falih bin Muhammad az-Zahiri(22), yang menerimanya dari Syeikh Muhammad bin ‘Ali as-Sanusi al-Khattabi(21), yang menerimanya dari Syeikh Umar bin ‘Abdul-Karim al-‘Attar(20), yang menerimanya dari Syeikh Ahmad bin ‘Ubaid al-Attar ad-Dimasyqi(19), yang menerimanya dari Syeikh Soleh bin Ibrahim al-Jinini(18), yang menerimanya dari Syeikh Muhammad ‘Abdu Rabbirrasul al-Barzanji(17), yang menerimanya dari Syeikh ‘Abdul-Baqi al-Ba’li al-Hanbali(16), yang menerimanya dari Syeikh Mansur al-Bahuti al-Hanbali(15), yang menerimanya dari Syeikh Yusuf ibn Syeikh Zakaria al-Ansari(14), yang menerimanya dari Syeikh Ibrahim bin ‘Abi Bakr al-Wasiti(13), yang menerimanya dari Syeikh Sadr ad-Din Muhammad bin Muhammad al-Maidumi(12), yang menerimanya dari Syeikh ‘Abdul-Latif bin ‘Abdul-Mun’im bin as-Saiqal al-Harrani(11), yang menerimanya dari Syeikh Abul-Faraj Abdurrahman bin ‘Ali bin al-Jauzi(10), yang menerimanya dari Syeikh Abu Sa’din Ismail bin Soleh al-Mu’zan(9), yang menerimanya dari Syeikh Abu Soleh Ahmad an-Nisaburi al-Mu’zan(8), yang menerimanya dari Syeikh Abu Hamid Ahmad bin Muhammad bin Bilal al-Bazzaz(7), yang menerimanya dari Syeikh ‘Abdurrahman bin Bisyr bin al-Hakam al-‘Abdiy(6), yang menerimanya dari Sufyan bin ‘Uyainah al-Hilali –rahimahullah-(5), yang menerimanya dari ‘Amru bin Dinar –rahimahullah-(4), yang menerimanya dari Abi Qabus –rahimahullah-(3), yang menerimanya dari ‘Abdullah bin ‘Amru al-‘As –radhiyallahu ‘anhu-(2), yang menerimanya dari Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-(1).

SANAD KEPADA IMAM AS-SUYUTI

SANAD PENULISAN IMAM AS-SUYUTI

  1. Saya (Ahmad Adnan bin Fadzil) menerima sanad kitab-kitab karya Imam as-Suyuti dari;
  2. Guru saya Syeikh al-Qasim bin Ibrahim al-Bahr, dari;
  3. Syeikh Muhammad bin Sulaiman Idrisi al-Ahdal, dari;
  4. Syeikh Sulaiman Idrisi bin Muhammad al-Ahdal dan Syeikh Ahmad Idrisi bin Muhammad al-Ahdal, dari;
  5. Syeikh Muhammad bin Sulaiman (al-Ausat) al-Ahdal, dari;
  6. Syeikh Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal, dari;
  7. Syeikh Sulaiman bin Abdullah al-Ahdal (Abi ar-Rabi'), dari;
  8. Syeikh Abdullah bin Sulaiman al-Ahdal dan Syeikh Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal, dari;
  9. Syeikh Sulaiman bin Yahya al-Ahdal, dari;
  10. Syeikh Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal, dari; 
  11. Syeikh Yahya bin Umar al-Ahdal, dari;
  12. Syeikh Abu Bakar bin Ali al-Bitah al-Ahdal, dari;
  13. Syeikh Yusuf bin Muhammad al-Bitah al-Ahdal, dari;
  14. Syeikh at-Tahir bin Husain al-Ahdal, dari;
  15. Syeikh al-Hafidz Ibnu ad-Diba', dari;
  16. Imam as-Suyuti (iaitu Imam Jalaluddin Abdurrahman bin Abi Bakr as-Suyuti).