Tuesday, June 13, 2017

SANAD SOHEH IMAM AL-BUKHARI

SANAD SOHEH IMAM AL-BUKHARI
(الجامع الصحيح المسند من حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وسننه وأيامه)

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على نبينا وسيدنا محمد –صلى الله عليه وسلم- وعلى آله وأصحابه أجمعين.

1.       Saya (al-Faqir Ilallah Ahmad Adnan bin Fadzil), meriwayatkan Kitab Soheh al-Bukhari dari guru saya;
2.       Khadim al-Hadith wa al-Isnad Syaikhuna as-Sayyid Muhammad ‘Abduh Sulaiman al-Ahdal –rahimahullah-, yang meriwayatakan dari guru beliau:
3.       Al-‘Allamah Fakhrul-Islam ‘Abdullah bin Sa’id bin Muhammad ‘Abadi al-Lahji al-Makki –rahimahullah- (meninggal 1410H), dari:
4.       Al-‘Allamah ‘Abdurrahman bin Muhammad al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1372H), dari:
5.       Al-‘Allamah Jamaluddin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Hasan al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1352H), dari:
6.       Al-‘Allamah Mufti Diyar al-Yamaniyah as-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin ‘Andul-Bari al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1298H), dari:
7.       Al-‘Allamah al-Hasan bin ‘Abdul-Bari bin Muhammad al-Ahdal –rahimahullah- (1293H), dari:
8.       Al-‘Allamah ‘Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal az-Zubaidi –rahimahullah- (1250H), dari:
9.       Al-‘Allamah Abu ar-Rabi’ Sulaiman bin Yahya bin ‘Umar al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1197H), dari:
10.    Al-‘Allamah Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1163H), dari;
11.    Al-‘Allamah ‘Imadul-Islam Yahya bin ‘Umar bin ‘Abdul-Qadier al-Maqbul al-Ahdal az-Zubaidi –rahimahullah- (meninggal 1147H), dari:
12.    Al-‘Allamah Abu Bakr bin ‘Ali bin Muhammad bin Yusuf al-Battah al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1099H), dari;
13.    Al-‘Allamah Yusuf bin Muhammad bin Yusuf bin Ahmad al-Battah al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1079H)
14.    Al-‘Allamah al-Hafidz at-Thahir bin al-Husain bin ‘Abdurrahman al-Ahdal az-Zubaidi (meninggal 998H), dari:
15.    Al-‘Allamah ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ad-Daiba’ as-Syaibani az-Zubaidi –rahimahullah- (meninggal 944H), dari:
16.    Al-‘Allamah al-Hafidz Zainuddin Ahmad bin Ahmad bin ‘Abdul-Latif as-Syarji –rahimahullah- (meninggal 893H), dari;
17.    Al-‘Allamah al-Hafidz Abu ar-Rabi’ Sulaiman bin Ibrahim bin bin Umar bin ‘Ali al-‘Alawi –rahimahullah- (meninggal 825H), dari;
18.    Al-‘Allamah al-Hafidz Burhanuddin Ibrahim bin ‘Umar bin ‘Ali al-‘Alawi –rahimahullah- (meninggal 752H), dari;
19.    Al-‘Allamah al-Hafidz Abul-‘Abbas Ahmad bin Abil-Khair bin Mansur as-Syamakhi as-Sa’di az-Zubaidi –rahimahullah- (meninggal 729H), dari;
20.    Al-‘Allamah al-Hafidz Abul-Khair bin Mansur as-Syamakhi as-Sa’di az-Zubaidi –rahimahullah- (meninggal 680H), dari;
21.    Al-‘Allamah al-Imam Abu Bakr bin Ahmad bin Muhammad as-Syarahi az-Zubaidi (meninggal 642H), dan Al-‘Allamah al-Hafidz Jamaluddin Abi ‘Abdillah Muhammad bin Ismail bin ‘Ali al-Khadhrami ad-Dhahwi (meninggal 651H) –rahimahumullah-, dari;
22.    Al-‘Allamah al-Hafidz al-Imam Taqiyyuddin Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ismail bin ‘Ali bin Abi as-Shaif al-Yamani al-Makki (meninggal 609H), dan al-‘Allamah al-Hafidz Zi al-Nun Yunus bin Yahya bin Abi al-Barakat al-Hasyimi al-Qassar (meninggal 608H) –rahimahumullah-, dari;
23.    Al-‘Allamah Abul-Hasan ‘Ali bin Humaid bin ‘Ammar al-Atrabulsi al-Makki al-Ansari (meninggal 576H) –rahimahullah-, dari;
24.    Al-‘Allamah Abu Maktum ‘Isa bin Abi Zar ‘Abd bin Ahmad bin Muhammad al-Harawi –rahimahullah- (meninggal 497H), dari;
25.    Al-‘Allamah al-Hafidz Abu Zar al-Harawi al-Maliki –rahimahullah- (meninggal 434H), dari:
26.    Abu Muhammad ‘Abdullah bin Ahmad bin Hamawaih as-Sarakhsi (meninggal 381H), dan al-Allamah Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Al-Mustamli (meninggal 376H), dan al-‘Allamah Abu al-Haitsam Muhammad bin Makki bin Zurra’ al-Kusymihani (meninggal 389H) –rahimahumullah-, dari;
27.    Al-‘Allamah al-Hafidz Abu ‘Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Matar al-Firabri (meninggal 320H) –rahimahullah-, dari:
28.    IMAM AL-BUKHARI (Al-Imam al-Hafidz Amir al-Mukminin fil-Hadith Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, meninggal 252H –rahimahullah-). 

Berkata Imam al-Bukhari; Al-Humaidi (Abdullah bin az-Zubair) –rahimahullah- tela memberitahu kami dengan berkata; Sufian –rahimahullah- telah memberitahu kami dengan berkata; Yahya bin Said –rahimahullah- memberitahu kami dengan berkata; Muhammad bin Ibrahim at-Taimi –rahimahullah- memberitahu kami dengan berkata; Aku telah mendengar ‘Alqamah bin Waqqas al-Laithi –rahimahullah- berkata; Aku telah mendengar Umar bin al-Khattab –radhiyallahu ‘anhu- ketika di atas mimbar telah berkata; Aku telah mendengar Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
“Sesungguhnya segala amalan dengan niat-niatnya, sesungguhnya untuk setiap orang apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang hijrahnya untuk tujuan dunia yang ingin dicapainya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah mengikut tujuan hijrahnya”. (Hadis pertama dalam Soheh Imam al-Bukhari).


*******

Monday, June 12, 2017

SOLAT SUNAT ISYRAQ

Sabda Nabi SAW;

مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit matahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanya seumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586.  Dari Anas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib).

Dalam riwayat at-Tabrani, lazaf hadisnya;

مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فِي مَسْجِدِ جَمَاعَةٍ يَثْبُتُ فِيهِ حَتَّى يُصَلِّيَ سُبْحَةَ الضُّحَى، كَانَ كَأَجْرِ حَاجٍّ، أَوْ مُعْتَمِرٍ تَامًّا حَجَّتُهُ وَعُمْرَتُهُ
“Sesiapa menunaikan solat subuh di masjid secara berjamaah, (kemudian) dia kekal di dalam masjid sehingga menunaika solat sunat dhuha, pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan umrah secara sempurna” (al-Mu’jam al-Kabir, at-Tabrani; 7663. Dari Abu Umamah RA).

BERBAKTI KEPADA IBU-BAPA

Sabda Nabi SAW; “Seorang anak tidak akan berupaya membalas jasa-jasa ibu-bapanya melainkan apabila ia menemui ibu-bapanya seorang hamba yang dimiliki, lalu ia membelinya dan membebaskannya” (Hadis riwayat Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai dari Abu Hurairah RA).

Wednesday, September 28, 2016

4 DOSA PALING BESAR

Sabda Nabi SAW;
أَكْبَرُ الكَبَائِرِ: الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ، وَقَتْلُ النَّفْسِ، وَعُقُوقُ الوَالِدَيْنِ، وَقَوْلُ الزُّورِ، - أَوْ قَالَ: وَشَهَادَةُ الزّ
"Dosa-dosa paling besar;
1. Mensyirikkan Allah,
2. Membunuh,
3. Menderhakai dua ibu-bapa, dan;
4. Memberi kesaksian palsu/batil".
(Soheh al-Bukhari; 7871. Dari Anas bin Malik RA).

* Syahadatu az-Zur; 
1. Memberi kesaksian palsu/batil,
2. Menghadiri majlis-majlis dusta, fasik, kufur, hiburan melalaikan
(Irsyad as-Sari, al-Qastalani; 4/384).

TAKWA, TAUBAT & AKHLAK

Sabda Nabi SAW;
اتَّقِ اللهِ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
"Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada, ikutilah kejahatan dengan kebaikan yang memadamkannya, berakhlah dengan manusia dengan akhlak yang baik" (Sunan at-Tirmizi; 1987, dari Abu Zar RA, menurut at-Tirmizi; hasan soheh).

* Maksud "ikutilah kejahatan dengan kebaikan yang memadamkannya" merangkumi dua maksud;
1. Iaitu dengan bertaubat dan melakukan ketaatan secara keseluruhannya.
2. Dengan melakukan kebaikan yang sebalik kepada kejahatan yang pernah dilakukan. Mendengar hiburan-hiburan yang melalaikan dikafarahkan dengan mendengar al-Quran, majlis zikir dan peringatan (mau'izah). Cintakan dunia dikafarahkan dengan cintakan akhirat. Riyak dikafarahkan dengan ikhlas. Hasad dikafarahkan dengan redha. Kejahatan kepada saudara muslim dikafarahkan dengan kebaikan kepadanya. Takbur dikafarahkan dengan tawadhuk (Rujuk; Mirqaat al-Mafatih).
* "yang memadamkannya" yakni semoga Allah memadamkan kesan-kesannya dari hati atau Allah memadamkannya dari buku cacatan kita (Mirqaat al-Mafatih).

Sunday, September 25, 2016

SILLATURRAHIM

Nabi SAW bersabda;

الرَّحِمُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ تَقُولُ مَنْ وَصَلَنِي وَصَلَهُ اللهُ، وَمَنْ قَطَعَنِي قَطَعَهُ اللهُ
“Ikatan rahim (kekeluargaan) bergantungan di Arasyh Allah, di mana dia berseru; ‘Siapa menghubungkanku, nescaya Allah akan menghubungkannya (dengan rahmat dan kasih-sayangnyaNya) dan sesiapa memutuskanku, nescaya Allah akan memutuskannya (dari rahmat dan kasih-sayangNya)” (Soheh Muslim; 2555/17. Dari ‘Aisyah RA).

Thursday, September 22, 2016

ANJING DAN PATUNG

Nabi SAW bersabda;

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ، وَلَا تَمَاثِيلُ
“Para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan patung-patung” (Soheh Muslim; 2106/87. Dari Abi Talhah al-Ansari RA).