Wednesday, September 28, 2016

4 DOSA PALING BESAR

Sabda Nabi SAW;
أَكْبَرُ الكَبَائِرِ: الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ، وَقَتْلُ النَّفْسِ، وَعُقُوقُ الوَالِدَيْنِ، وَقَوْلُ الزُّورِ، - أَوْ قَالَ: وَشَهَادَةُ الزّ
"Dosa-dosa paling besar;
1. Mensyirikkan Allah,
2. Membunuh,
3. Menderhakai dua ibu-bapa, dan;
4. Memberi kesaksian palsu/batil".
(Soheh al-Bukhari; 7871. Dari Anas bin Malik RA).

* Syahadatu az-Zur; 
1. Memberi kesaksian palsu/batil,
2. Menghadiri majlis-majlis dusta, fasik, kufur, hiburan melalaikan
(Irsyad as-Sari, al-Qastalani; 4/384).

TAKWA, TAUBAT & AKHLAK

Sabda Nabi SAW;
اتَّقِ اللهِ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
"Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada, ikutilah kejahatan dengan kebaikan yang memadamkannya, berakhlah dengan manusia dengan akhlak yang baik" (Sunan at-Tirmizi; 1987, dari Abu Zar RA, menurut at-Tirmizi; hasan soheh).

* Maksud "ikutilah kejahatan dengan kebaikan yang memadamkannya" merangkumi dua maksud;
1. Iaitu dengan bertaubat dan melakukan ketaatan secara keseluruhannya.
2. Dengan melakukan kebaikan yang sebalik kepada kejahatan yang pernah dilakukan. Mendengar hiburan-hiburan yang melalaikan dikafarahkan dengan mendengar al-Quran, majlis zikir dan peringatan (mau'izah). Cintakan dunia dikafarahkan dengan cintakan akhirat. Riyak dikafarahkan dengan ikhlas. Hasad dikafarahkan dengan redha. Kejahatan kepada saudara muslim dikafarahkan dengan kebaikan kepadanya. Takbur dikafarahkan dengan tawadhuk (Rujuk; Mirqaat al-Mafatih).
* "yang memadamkannya" yakni semoga Allah memadamkan kesan-kesannya dari hati atau Allah memadamkannya dari buku cacatan kita (Mirqaat al-Mafatih).

Sunday, September 25, 2016

SILLATURRAHIM

Nabi SAW bersabda;

الرَّحِمُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ تَقُولُ مَنْ وَصَلَنِي وَصَلَهُ اللهُ، وَمَنْ قَطَعَنِي قَطَعَهُ اللهُ
“Ikatan rahim (kekeluargaan) bergantungan di Arasyh Allah, di mana dia berseru; ‘Siapa menghubungkanku, nescaya Allah akan menghubungkannya (dengan rahmat dan kasih-sayangnyaNya) dan sesiapa memutuskanku, nescaya Allah akan memutuskannya (dari rahmat dan kasih-sayangNya)” (Soheh Muslim; 2555/17. Dari ‘Aisyah RA).

Thursday, September 22, 2016

ANJING DAN PATUNG

Nabi SAW bersabda;

لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ، وَلَا تَمَاثِيلُ
“Para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan patung-patung” (Soheh Muslim; 2106/87. Dari Abi Talhah al-Ansari RA).

Monday, July 14, 2014

ORANG YANG BERTAUBAT SEPERTI TIADA DOSA

Sabda Nabi SAW;

التَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ، كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ
"Orang yg bertaubat dari dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa" (Sunan Ibnu Majah; 4250, hasan).

NABI SAW BERGURAU

Sabda Nabi: "Aku bersenda gurau, namun aku tidak berkata melainkan yg benar/betul" (Sunan Tirmizi: 1990, hasan).

DOA NABI SAW UNTUK IBNU 'ABBAS RA

Ibnu 'Abbas RA pernah menceritakan; Nabi SAW meletakkan tangannya atas bahuku, lalu baginda berdoa kepadaku;
اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
"Ya Allah berikanlah kefahaman kepada budak ini dalam agama dan ajarilah kepadanya tafsiran al-Quran" (Musnad Ahmad; 2397, isnadnya kuat).