Tuesday, June 13, 2017

SANAD FIQH MAZHAB AS-SYAFIIE

SANAD FIQH AS-SYAFIIE

1.      Saya mengambil sanad fiqh mazhab Syafiie dari guru saya Syeik Sayyid Muhammad ‘Abduh Sulaiman al-Ahdal rhm, dari;
2.      Ahmad bin Muhammad al-‘Amir, dari;
3.      Barakaat bin Mahdi, dari;
4.      Muhammad bin az-Zawwak al-Husaini, dari;
5.      Al-Qadhi ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah al-Ahdal, dari;
6.      Ahmad bin Abdullah bin al-Ahdal, dari;
7.      Muhammad bin Abi al-Ghaits al-Ahdal, dari;
8.      Abul Qasim bin Abdullah bin Abil Ghaits al-Ahdal, dari;
9.      Abdullah bin Abil Ghaits, al-Ahdal dari;
10.  Abil Ghaits bin Abul Qasim bin Muhammad al-Ahdal, dari;
11.  Abul Qasim bin Muhammad al-Ahdal, dari;
12.  Yahya bin Ahmad al-Husyaibari, dari;
13.  Muhammad bin Abu Bakr al-Ayskhar ad-Dhahwi[1], dari;
14.  Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Haitami[2], dari;
15.  Zakariya bin Muhammad al-Ansar[3], dari;
16.  Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani[4], Muhammad bin Ahmad al-Mahalli (Jalaluddin al-Mahalli)[5], Soleh bin ‘Umar al-Bulqini[6] dan  Ahmad bin Abdurrahim bin al-Husain al-‘Iraqi (Abu Zur’ah)[7], (mereka semua mengambil) dari;
17.  Abdurrahim bin al-Husain al-‘Iraqi[8], dari;
18.  ‘Ali bin Ibrahim bin bin Daud bin al-‘Attar ad-Dimasyqi[9], dari;
19.  Yahya bin Syaraf an-Nawawi[10], dari;
20.  Abdurrahman bin Nuh al-Maqdisi[11], dari;
21.  ‘Uthman bin ‘Abdurrahman as-Syahrazuri (Ibnu as-Solah)[12], dari;
22.  ‘Abdurrahman bin ‘Uthman as-Syahrazuri[13], dari;
23.  Abu Sa’id Abdullah bin Muhammad al-Mausili (Ibnu Abi ‘Ashrun)[14], dari;
24.  Abu ‘Ali Al-Hasan bin Ibrahim al-Fariqi[15], dari;
25.  Ibrahim bin ‘Ali as-Syairazi (Abu Ishaq as-Syairazi)[16], dari;
26.  Abu at-Tayyib Tohir bin Abdillah at-Tobari[17], dari;
27.  Abul Hasan Muhammad bin ‘Ali al-Maasarjisi[18], dari;
28.  Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad al-Maruzi[19], dari;
29.  Abul ‘Abbas Ahmad bin ‘Amir bin Suraij[20], dari;
30.  Ar-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi, dari;
31.  Muhammad bin Idris as-Syafiie (Imam as-Syafiie).



[1] Ulamak mazhab Syafiie di Yaman. Meningeal tahun 991 hijrah (Diwan al-Islam, 1/64). Sebahagian ulamak berkata; dia meninggal tahun 989 hijrah, mengambil ilmu antaranya dari Ibnu Hajar al-Haitami (membaca di hadapannya di Mekah) (al-Badr at-Toli’, as-Syaukani, 2/146). Dikebumikan di perkampungannya Baitu Syeikh hampir dengan kawasan ad-Dhuha di Yaman (al-A’lam, az-Zarkali, 6/59).
[2] Imam Ibnu Hajar al-Haitami; hidup dari tahun 909 hingga 974 hijrah, seorang faqih di Mesir, lahir di Mahallah Abil Haitam di Mesir. Menuntut ilmu di al-Azhar. Meninggal dunia di Mekah. Menghasilkan tulisan yang cukuo banyak termasuk dalam fiqh mazhab Syafiie (al-A’lam, az-Zarkali, 1/234).
[3] Imam Zakaria bin Muhammad al-Ansari; lahir tahun 823 hijrah, meninggal 926 hijrah. Seorang faqih mazhab Syafiie di Mesir. Belajar di Kaherah. Tahun 906 hijrah matanya menjadi buta.Menjawat jawatan ketua para qadhi (Qadhi al-Qudhat(), namun dipecat kerana menegur pemerintah dari kezalimannya. Menghasilkan penulisan yang cukup banyak (al-A’lam az-Zarkali, 3/46).
[4] Ibnu Hajar al-‘Asqalani; seorang ulamak dan faqih yang cukup terkenal. Pengarang kitab Bulughul-Maram, Fathul Bari (syarah Soheh al-Bukihari) dan banyak lagi. Lahir di Mesir pada tahun 773 hijrah dan meninggal di Mesir juga pada tahun 852 hijrah. Mula menuntut ilmu di Mesir, kemudian mengembara ke Yaman, Hijaz dan Negara-negara lain untuk mendengar dari syeikh-syeikh. Beberpa kali menjawat jawatan qadhi di Mesir, namun akhirnya meletak jawatan. Penulisannya cukup banyak dan terkenal (al-A’lam, 1/178).
[5] Jalaluddin al-Mahalli; seorang faqih di Mesir, lahir pada tahun 791 hijrah (di Mesir) dan meninggal tahun 864 hijrah (juga di Mesir). Seorang yang cukup tegas terhadap penyelewengan pemerintah. Ditawarkan jawatan qadhi terbesar, namun menolak. Kitabnya yang termasyhur ialah Tafsir al-Quran yang kemudiannya disempurnakan oleh Jalaluddin as-Suyuti (kerana itu dinamakan Tafsir al-Jalalain). Dalam fiqh as-Syafiie kitabnya yang dihasilkanya; Syarah al-Minhaj (al-A’lam, 5/333).
[6] Soleh bin ‘Umar al-Bulqini; seorang ulamak fiqh dan hadis dari Mesir, menjawat jawatan qadhi di Mesir beberapa kali dan meninggal ketika menjadi qadhi. Menuntut ilmu dari saudaranya Abdurrahman di Kaherah Antara penulisan beliau ialah; Tatimmah at-Tadrib (menyempurnakan penulisan bapa beliau Imam Umar bin Ruslan al-Bulqini), al-Ghaits al-Jari (syarah Soheh al-Bukhari) dan banyak lagi  (al-A’lam, 3/194).
[7] Ahmad bin Abdurrahim al-‘Iraqi; dikenali dengan Waliyuddin Abu Zur’ah, lahir pada tahun 762 di Mesir dan meninggal tahun 826 juga di Mesir. Mula menuntut ilmu di Mesir, kemudian dibawa oleh baoanya ke Dimasyq dan menuntut pula dari ulamak-ulamak di sana. Pada tahun 824 hijrah beliau menjawat jawatan Qadhi di Mesi (al-A’lam, 1/148).
[8] ‘Abdurrahim bin al-Husain al-‘Iraqi; dikenali dengan al-Hafidz al-‘Iraqi, salah seorang ulamak besar dalam hadis (kibar huffaz al-hadith), berbangsa Kurdi, lahir di Irbil pada tahun 725 hijrah, namun ketika masih kecil dibawa bapanya berpindah ke Mesir. Dia menuntut ilmu dari ulamak-ulamak di Mesir di samping turut mengembara mencari ilmu ke Hijaz, Syam dan Palestin. Beliau meninggal di Kaherah, Mesir pada tahun 806 hijrah. Kitabnya yang amat masyhur ialah al-Mughni Fi Takhrij Ahadith al-Ihya’ dan banyak kita lagi (al-A’lam, 3/344).
[9] ‘Alauddin ibn al-‘Attar; seorang ulamak dari Dimasyq. Faqih, mufti dan muhaddith. Lahir pada tahun 654 hijrah dan meninggal tahun 724 hijrah. merupakan salah seorang murid Imam an-Nawawi. Aktivitinya ialah mengajar, memberi fatwa dan menulis. Pada tahun 701 beliau mengalami lumpuh hingga terpaksa menulis dengan tangan kiri. Di antara penulisannya yang masyhur; al-Ihkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam, Himpunan Fatwa Imam an-Nawawi (Siyar A’lam an-Nubalak, 2/7. Diwan al-Islam, 2/340. Al-A’lam, 4/251).
[10] Yahya bin Syaraf an-Nawawi; seorang tokoh fiqh dan hadith yang tidak asing lagi. Lebih dikenali dengan Imam an-Nawawi. Lahir pada tahun 631 hijrah di perkampungan an-Nawa (sebuah kampung di Syria) dan meninggal pada tahun 676 hijrah. Walaupun hidup tidak lama (sekitar 45 tahun sahaja), namun menghasilkan penulisan yang amat banyak dan kebanyakan penulisannya cukup terkenal, antaranya; Riyadhus Solihin, al-Azkar, Matan al-MInhaj, Syarah Soheh Muslim, Himpunan 40 Hadis dan banyak lagi (al-A’lam, 8/149).
[11] Abdurrahman bin Nuh al-Maqdisi; menurut muridnya Imam an-Nawawi; seorang yang berperwatakan warak, ahli ibadat, zuhud dan bersungguh-sungguh. Beliau adalah mufti Dimasyq pada zamannya. Murid Imam Ibnu Solah dan sentiasa melaziminya. Meninggal pada tahun 654 hijrah.  (Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, 1/18. Tarikh al-Islam, az-Zahabi, 14/758).
[12] Uthman bin Abdurrahman as-Syahrazuri; lebih dikenali dengan Ibnu as-Solah. Lahir pada tahun 577 hijrah. Alim dan faqih dalam pelbagai cabanng ilmu; hadith, fiqh, tafsir, rijal hadith dan sebagainya. Mula menuntut ilmu fiqh dari bapanya ‘Abdurrahman. Kemudian mengembara untuk menuntut ilmu ke Mausil dan Khurasan. (Wafayat al-A’yan, 3/243. Siyar A’lam an-Nubalak, 16/360).
[13] ‘Abdurrahman bin Uthman al-Syahrazuri; bapa kepada Ibnu as-Solah (Uthman bin Abdurrahman). Lahir sebelum tahun 540 hijrah. Tinggal di Halab dan meninggal di situ pada tahun 618 hijrah. Belajar ilmu fiqh dari Ibnu Abi ‘Asrun (Qadhi Abi Sa’ad bin ‘Asrun) dan ulamak-ulamak lain (Tarikh al-Islam, 13/544. Tobaqaat as-Syafi’iyyah, Ibnu Qadhi Syuhbah, 2/53).
[14] Ibnu ‘Asrun al-Mausili; lahir di Mausil pada tahun 493 hijrah, berpindah ke Baghdad dan menetap di Dimasyq. Tokoh fiqh pada zamannya dan menjawat jawatan qadhi qudhat di Dimasyq pada tahun 573 hijrah. Tinggal di Syria, mengajar di kota-kota ilmu di Syria (Halab, Dimasyq dan sebagainya) dan meninggal di Dimasyq 585 hijrah (Tobaqaat al-Fuqahak as-Syafiiyyah, 1/512. Wafayat al-A’yan, 3/55. Al-A’lam, 4/124).
[15] Abu ‘Ali al-Fariqi; lahir di Mayafariqin pada tahun 433 hijrah. Menuntut ilmu dari ulamak-ulamak di tempat kelahirannya, kemudian berhijrah ke Baghdad dan mengambil ilmu antaranya dari Syeikh Abu Ishaq as-Syirazi dan melaziminya. Seorang ulamak yang zuhud, warak dan menegakkan hak takut. Menjawat jawatan qadhi di Wasit dan wafat di situ pada tahun 528 hijrah di usia 95 tahun (Tobaqaat as-Syafiien, 1/567).
[16] Abu Ishaq as-Syirazi; lahir pada tahun 393 hijrah di Fairuzabad (dalam Negeri Parsi), berhijrah di Syiraz dan menimba ilmu dari ulamak-ulamak di sana, kemudian ke Basrah dan seterusnya Baghdad. Menjadi tempat rujuk para penuntut ilmu dan menjadi mufti di zamannya. Menghasilkan banyak penulisan, antaranya yang masyhur; al-Muhazzab, at-Tabsirah, al-Luma’ dan banyak lagi. Meninggal di Baghdad pada tahun 476 hijrah (al-A’lam, 1/51).
[17] Abu at-Toyyib at-Tabari; lahir pada tahun 348 hijrah di Amil Tabristan, kemudian menetap di Baghdad. Imam dalam mazhab Suafiie. Menjawat jawatan Qadi di Rubu’ al-Karkh. Meninggal di Baghdad pada tahun 450 hijrah. Antara penulisan beliau ialah; Syarah Mukhtasar al-Muzani (al-A’lam, 3/222).
[18] Abul Hasan al-Maarsarjisi; guru kepada ulamak-ulamak mazhab Syafiie pada zamannya. Mengikut Imam Abu Ishaq al-Muruzi ke Mesir, belajar darinya dan melaziminya, kemudian pulang ke Baghdad. Meninggal dunia 384 hijrah di usia 76 tahun (Tabaqaat as-Syafi’iyyah, 1/166).
[19] Abu Ishaq al-Maruzi; murid utama Abul Abbas ibnu Suraij. Imam bagi mazhab Syafiie pada zamannya. Menetap di Baghdad dan mengajar ilmu di situ. Kemudian di hujung umur berhijrah ke Mesir dan meninggal di situ tahun 340 hijrah di usia hampir 70 tahun dan dikebumikan berhampiran kubur Imam Syafiie (Tabaqaat as-Syafi’iyyah, 1/105. Siyar A’lam an-Nubalak, 15/429)
[20] Abul ‘Abbas Ibnu Suraij; lahir pada tahun 249 hijrah di Baghdad dan meninggal dunia juga di Baghdad pada tahun 306 hijrah. Faqih mazhab Syafiie pada zamannya. Menjawat jawatan Qadhi di Syiraz dan menghasilkan kira-kira 400 penulisan (al-A’lam, 1/185).

0 comments: