Tuesday, June 13, 2017

SANAD HADIS RAHMAH (MUSALSAL BIL-AWWALIYYAH)

المسلسل بالأولية
(حديث الرحمة)

عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ أَبِي قَابُوسَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-: ((الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ))
Diriwayatkan dari ‘Amru bin Dinar –rahimahullah-, dari Abi Qabus –rahimahullah-, dari ‘Abdullah bin ‘Amru –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Orang-orang yang pengasih akan dikasihi oleh Tuhan ar-Rahman (Tuhan yang maha pengasih). Kasihanilah orang yang di bumi, nescaya akan kasih kepada kamu orang yang di langit”. (Hadis ini terdapat dalam Musnad Imam Ahmad, al-Mustadrak (Imam al-Hakim), Sunan at-Tirmizi dan beberapa kitab hadis lagi. Semuanya melalui Sufyan bin ‘Uyainah –rahimahullah-).

(*Hadis ini dinamakan Musalsal Bil-Awwaliyah (yakni rantaian dengan hadis pertama) kerana perawi-perawi dalam rantaian rawi di atas tatkala meriwayatkan hadis ini kepada perawi selepasnya beliau akan menyebutkan; “Hadis adalah hadis yang pertama yang saya dengar dari guru saya (yakni perawi sebelumnya)”. Wallahu a’lam).

Sanad hadis

Saya (al-Faqir Ilallah; Ahmad Adnan bin Fadzil al-Azhari)(26) menerima hadis ini dari guru saya Syeikh Muhammad bin ‘Abduh bin Sulaiman al-Ahdal al-Yamani(25), beliau menerimanya dari beberapa guru beliau –antaranya Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani-(24) yang menerimanya dari beberapa orang guru beliau –antaranya Syeikh ‘Ali bin Falih az-Zahiri dan Ahmad bin ‘Abdullah al-Mukhallalati-(23) di mana mereka menerimanya dari Syeikh Falih bin Muhammad az-Zahiri(22), yang menerimanya dari Syeikh Muhammad bin ‘Ali as-Sanusi al-Khattabi(21), yang menerimanya dari Syeikh Umar bin ‘Abdul-Karim al-‘Attar(20), yang menerimanya dari Syeikh Ahmad bin ‘Ubaid al-Attar ad-Dimasyqi(19), yang menerimanya dari Syeikh Soleh bin Ibrahim al-Jinini(18), yang menerimanya dari Syeikh Muhammad ‘Abdu Rabbirrasul al-Barzanji(17), yang menerimanya dari Syeikh ‘Abdul-Baqi al-Ba’li al-Hanbali(16), yang menerimanya dari Syeikh Mansur al-Bahuti al-Hanbali(15), yang menerimanya dari Syeikh Yusuf ibn Syeikh Zakaria al-Ansari(14), yang menerimanya dari Syeikh Ibrahim bin ‘Abi Bakr al-Wasiti(13), yang menerimanya dari Syeikh Sadr ad-Din Muhammad bin Muhammad al-Maidumi(12), yang menerimanya dari Syeikh ‘Abdul-Latif bin ‘Abdul-Mun’im bin as-Saiqal al-Harrani(11), yang menerimanya dari Syeikh Abul-Faraj Abdurrahman bin ‘Ali bin al-Jauzi(10), yang menerimanya dari Syeikh Abu Sa’din Ismail bin Soleh al-Mu’zan(9), yang menerimanya dari Syeikh Abu Soleh Ahmad an-Nisaburi al-Mu’zan(8), yang menerimanya dari Syeikh Abu Hamid Ahmad bin Muhammad bin Bilal al-Bazzaz(7), yang menerimanya dari Syeikh ‘Abdurrahman bin Bisyr bin al-Hakam al-‘Abdiy(6), yang menerimanya dari Sufyan bin ‘Uyainah al-Hilali –rahimahullah-(5), yang menerimanya dari ‘Amru bin Dinar –rahimahullah-(4), yang menerimanya dari Abi Qabus –rahimahullah-(3), yang menerimanya dari ‘Abdullah bin ‘Amru al-‘As –radhiyallahu ‘anhu-(2), yang menerimanya dari Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-(1).

SANAD KEPADA IMAM AS-SUYUTI

SANAD PENULISAN IMAM AS-SUYUTI

  1. Saya (Ahmad Adnan bin Fadzil) menerima sanad kitab-kitab karya Imam as-Suyuti dari;
  2. Guru saya Syeikh al-Qasim bin Ibrahim al-Bahr, dari;
  3. Syeikh Muhammad bin Sulaiman Idrisi al-Ahdal, dari;
  4. Syeikh Sulaiman Idrisi bin Muhammad al-Ahdal dan Syeikh Ahmad Idrisi bin Muhammad al-Ahdal, dari;
  5. Syeikh Muhammad bin Sulaiman (al-Ausat) al-Ahdal, dari;
  6. Syeikh Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal, dari;
  7. Syeikh Sulaiman bin Abdullah al-Ahdal (Abi ar-Rabi'), dari;
  8. Syeikh Abdullah bin Sulaiman al-Ahdal dan Syeikh Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal, dari;
  9. Syeikh Sulaiman bin Yahya al-Ahdal, dari;
  10. Syeikh Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal, dari; 
  11. Syeikh Yahya bin Umar al-Ahdal, dari;
  12. Syeikh Abu Bakar bin Ali al-Bitah al-Ahdal, dari;
  13. Syeikh Yusuf bin Muhammad al-Bitah al-Ahdal, dari;
  14. Syeikh at-Tahir bin Husain al-Ahdal, dari;
  15. Syeikh al-Hafidz Ibnu ad-Diba', dari;
  16. Imam as-Suyuti (iaitu Imam Jalaluddin Abdurrahman bin Abi Bakr as-Suyuti).

SANAD KEPADA IMAM AN-NAWAWI (KITAB RIYADHUS SALIHIN)

SANAD KEPADA IMAM AN-NAWAWI
(AWAL HADIS KITAB RIYADHUS-SOLIHIN)

بسم الله الرحمن الرحيم
1.      Saya (al-Faqir Ilallah Ahmad Adnan bin Fadzil) meriwayatkanya dari;
2.      Guru saya; Syeikh al-Qasim bin Ibrahim al-Bahr (الشيخ قاسم بن إبراهيم البحر الحسيني), dari;
3.      Syeikh Muhammad bin Sulaiman Idrisi al-Ahdal (الشيخ محمد بن سليمان إدريسي الأهدل), dari;
4.      Syeikh Sulaiman Idrisi bin Muhammad al-Ahdal (الشيخ سليمان إدريسي بن محمد الأهدل) dan
5.      Syeikh Ahmad Idrisi bin Muhammad al-Ahdal (الشيخ أحمد إدريسي بن محمد الأهدل), dari;
6.      Syeikh Muhammad bin Sulaiman (al-Ausat) al-Ahdal (الشيخ محمد بن سليمان الأوسط الأهدل), dari;
7.      Syeikh Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal (الشيخ عبد الرحمن بن سليمان الأهدل), dari;
8.      Syeikh Sulaiman bin Yahya al-Ahdal (الشيخ سليمان بن يحيى الأهدل), dari;
9.      Syeikh Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal (الشيخ أحمد بن محمد شريف مقبول الأهدل), dari;
10.  Syeikh Yahya bin Umar al-Ahdal (الشيخ يحيى بن عمر الأهدل), dari;
11.  Syeikh Abu Bakar bin Ali al-Bitah al-Ahdal (الشيخ أبي بكر بن على البطاح الأهدل), dari;
12.  Syeikh Yusuf bin Muhammad al-Bitah al-Ahdal (الشيخ يوسف بن محمد البطاح الأهدل), dari;
13.  Syeikh at-Tahir bin Husain al-Ahdal (الشيخ الطاهر بن حسين الأهدل), dari;
14.  Syeikh al-Hafidz Wajihuddin bin ad-Diba' (الشيخ الحافظ وجيه الدين بن الديبع), dari;
15.  Syeikh Zainuddin Ahmad bin Ahmad as-Syarji (الشيخ أحمد بن أحمد الشرجي), dari;
16.   Syeikh Syamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Jazari (الشيخ شمس الدين محمد بن محمد الجزري), dari;
17.  Syeikh Burhanuddin bin Ahmad bin al-Faqih (الشيخ برهان الدين إبراهيم بن أحمد بن الفقيه), dari;
18.  Syeikh al-‘Allamah ‘Alauddin bin al-Attar (الشيخ العلامة علاء الدين بن العطار), dari:
19.  Imam Yahya bin Syaraf an-Nawawi (Imam an-Nawawi) (الشيخ الإمام يحيى بن شرف النووي). Berkata Imam an-Nawawi;

عن أمير المؤمِنين أبي حَفْصٍ عمرَ بنِ الخطابِ بنِ نُفَيْلِ بنِ عبدِ العُزّى بن رياحِ بنِ عبدِ اللهِ بن قُرْطِ بن رَزاحِ بنِ عدِي بنِ كعب بنِ لُؤَيِّ بنِ غالبٍ القُرشِيِّ العَدويِّ - رضي الله عنه - قالَ: سَمِعتُ رَسُولَ اللهِ - صلى الله عليه وسلم - يقُولُ: «إنّمَا الأَعْمَالُ بالنِّيّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امرِىءٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصيبُهَا، أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكَحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْه». مُتَّفَقٌ عَلَى صِحَّتِهِ. رَوَاهُ إمَامَا الْمُحَدّثِينَ، أبُو عَبْدِ الله مُحَمَّدُ بْنُ إسْمَاعيلَ بْن إبراهِيمَ بْن المُغيرَةِ بنِ بَرْدِزْبهْ الجُعْفِيُّ البُخَارِيُّ، وَأَبُو الحُسَيْنِ مُسْلمُ بْنُ الحَجَّاجِ بْنِ مُسْلمٍ الْقُشَيريُّ النَّيْسَابُورِيُّ رضي اللهُ عنهما فِي صحيحيهما اللَّذَيْنِ هما أَصَحُّ الكُتبِ المصنفةِ.

Dari Amirul-Mukminin Abi Hafs Umar bin al-Khattab –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan: Aku telah mendengar Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Sesungguhnya semua amalan dengan niat-niatnya yang tersendiri. Sesungguhnya bagi setiap orang (ganjaran atau pahala dari amalannya) bergantung kepada apa yang telah ia niatkan (di dalam hatinya). Oleh yang demikian, sesiapa yang berhijrah (berpindah) kerana Allah dan RasulNya, hijrahnya akan menjadi hijrah untuk Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk suatu tujuan dunia yang ingin dicapainya atau kerana seorang wanita yang ingin dikahwininya, hijrahnya kembali kepada apa yang menjadi tujuan hijrahnya itu”. (Diriwayatkan oleh dua imam para ahli hadis iaitu Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi an-Nisaburi. Mereka meriwayatnya dalam kitab Soheh mereka berdua di mana kitab Soheh mereka berdua merupakan kitab yang paling soheh dari kitab-kitab hadis yang disusun oleh ulamak-ulamak hadis).

SANAD FIQH MAZHAB AS-SYAFIIE

SANAD FIQH AS-SYAFIIE

1.      Saya mengambil sanad fiqh mazhab Syafiie dari guru saya Syeik Sayyid Muhammad ‘Abduh Sulaiman al-Ahdal rhm, dari;
2.      Ahmad bin Muhammad al-‘Amir, dari;
3.      Barakaat bin Mahdi, dari;
4.      Muhammad bin az-Zawwak al-Husaini, dari;
5.      Al-Qadhi ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah al-Ahdal, dari;
6.      Ahmad bin Abdullah bin al-Ahdal, dari;
7.      Muhammad bin Abi al-Ghaits al-Ahdal, dari;
8.      Abul Qasim bin Abdullah bin Abil Ghaits al-Ahdal, dari;
9.      Abdullah bin Abil Ghaits, al-Ahdal dari;
10.  Abil Ghaits bin Abul Qasim bin Muhammad al-Ahdal, dari;
11.  Abul Qasim bin Muhammad al-Ahdal, dari;
12.  Yahya bin Ahmad al-Husyaibari, dari;
13.  Muhammad bin Abu Bakr al-Ayskhar ad-Dhahwi[1], dari;
14.  Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Haitami[2], dari;
15.  Zakariya bin Muhammad al-Ansar[3], dari;
16.  Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani[4], Muhammad bin Ahmad al-Mahalli (Jalaluddin al-Mahalli)[5], Soleh bin ‘Umar al-Bulqini[6] dan  Ahmad bin Abdurrahim bin al-Husain al-‘Iraqi (Abu Zur’ah)[7], (mereka semua mengambil) dari;
17.  Abdurrahim bin al-Husain al-‘Iraqi[8], dari;
18.  ‘Ali bin Ibrahim bin bin Daud bin al-‘Attar ad-Dimasyqi[9], dari;
19.  Yahya bin Syaraf an-Nawawi[10], dari;
20.  Abdurrahman bin Nuh al-Maqdisi[11], dari;
21.  ‘Uthman bin ‘Abdurrahman as-Syahrazuri (Ibnu as-Solah)[12], dari;
22.  ‘Abdurrahman bin ‘Uthman as-Syahrazuri[13], dari;
23.  Abu Sa’id Abdullah bin Muhammad al-Mausili (Ibnu Abi ‘Ashrun)[14], dari;
24.  Abu ‘Ali Al-Hasan bin Ibrahim al-Fariqi[15], dari;
25.  Ibrahim bin ‘Ali as-Syairazi (Abu Ishaq as-Syairazi)[16], dari;
26.  Abu at-Tayyib Tohir bin Abdillah at-Tobari[17], dari;
27.  Abul Hasan Muhammad bin ‘Ali al-Maasarjisi[18], dari;
28.  Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad al-Maruzi[19], dari;
29.  Abul ‘Abbas Ahmad bin ‘Amir bin Suraij[20], dari;
30.  Ar-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi, dari;
31.  Muhammad bin Idris as-Syafiie (Imam as-Syafiie).



[1] Ulamak mazhab Syafiie di Yaman. Meningeal tahun 991 hijrah (Diwan al-Islam, 1/64). Sebahagian ulamak berkata; dia meninggal tahun 989 hijrah, mengambil ilmu antaranya dari Ibnu Hajar al-Haitami (membaca di hadapannya di Mekah) (al-Badr at-Toli’, as-Syaukani, 2/146). Dikebumikan di perkampungannya Baitu Syeikh hampir dengan kawasan ad-Dhuha di Yaman (al-A’lam, az-Zarkali, 6/59).
[2] Imam Ibnu Hajar al-Haitami; hidup dari tahun 909 hingga 974 hijrah, seorang faqih di Mesir, lahir di Mahallah Abil Haitam di Mesir. Menuntut ilmu di al-Azhar. Meninggal dunia di Mekah. Menghasilkan tulisan yang cukuo banyak termasuk dalam fiqh mazhab Syafiie (al-A’lam, az-Zarkali, 1/234).
[3] Imam Zakaria bin Muhammad al-Ansari; lahir tahun 823 hijrah, meninggal 926 hijrah. Seorang faqih mazhab Syafiie di Mesir. Belajar di Kaherah. Tahun 906 hijrah matanya menjadi buta.Menjawat jawatan ketua para qadhi (Qadhi al-Qudhat(), namun dipecat kerana menegur pemerintah dari kezalimannya. Menghasilkan penulisan yang cukup banyak (al-A’lam az-Zarkali, 3/46).
[4] Ibnu Hajar al-‘Asqalani; seorang ulamak dan faqih yang cukup terkenal. Pengarang kitab Bulughul-Maram, Fathul Bari (syarah Soheh al-Bukihari) dan banyak lagi. Lahir di Mesir pada tahun 773 hijrah dan meninggal di Mesir juga pada tahun 852 hijrah. Mula menuntut ilmu di Mesir, kemudian mengembara ke Yaman, Hijaz dan Negara-negara lain untuk mendengar dari syeikh-syeikh. Beberpa kali menjawat jawatan qadhi di Mesir, namun akhirnya meletak jawatan. Penulisannya cukup banyak dan terkenal (al-A’lam, 1/178).
[5] Jalaluddin al-Mahalli; seorang faqih di Mesir, lahir pada tahun 791 hijrah (di Mesir) dan meninggal tahun 864 hijrah (juga di Mesir). Seorang yang cukup tegas terhadap penyelewengan pemerintah. Ditawarkan jawatan qadhi terbesar, namun menolak. Kitabnya yang termasyhur ialah Tafsir al-Quran yang kemudiannya disempurnakan oleh Jalaluddin as-Suyuti (kerana itu dinamakan Tafsir al-Jalalain). Dalam fiqh as-Syafiie kitabnya yang dihasilkanya; Syarah al-Minhaj (al-A’lam, 5/333).
[6] Soleh bin ‘Umar al-Bulqini; seorang ulamak fiqh dan hadis dari Mesir, menjawat jawatan qadhi di Mesir beberapa kali dan meninggal ketika menjadi qadhi. Menuntut ilmu dari saudaranya Abdurrahman di Kaherah Antara penulisan beliau ialah; Tatimmah at-Tadrib (menyempurnakan penulisan bapa beliau Imam Umar bin Ruslan al-Bulqini), al-Ghaits al-Jari (syarah Soheh al-Bukhari) dan banyak lagi  (al-A’lam, 3/194).
[7] Ahmad bin Abdurrahim al-‘Iraqi; dikenali dengan Waliyuddin Abu Zur’ah, lahir pada tahun 762 di Mesir dan meninggal tahun 826 juga di Mesir. Mula menuntut ilmu di Mesir, kemudian dibawa oleh baoanya ke Dimasyq dan menuntut pula dari ulamak-ulamak di sana. Pada tahun 824 hijrah beliau menjawat jawatan Qadhi di Mesi (al-A’lam, 1/148).
[8] ‘Abdurrahim bin al-Husain al-‘Iraqi; dikenali dengan al-Hafidz al-‘Iraqi, salah seorang ulamak besar dalam hadis (kibar huffaz al-hadith), berbangsa Kurdi, lahir di Irbil pada tahun 725 hijrah, namun ketika masih kecil dibawa bapanya berpindah ke Mesir. Dia menuntut ilmu dari ulamak-ulamak di Mesir di samping turut mengembara mencari ilmu ke Hijaz, Syam dan Palestin. Beliau meninggal di Kaherah, Mesir pada tahun 806 hijrah. Kitabnya yang amat masyhur ialah al-Mughni Fi Takhrij Ahadith al-Ihya’ dan banyak kita lagi (al-A’lam, 3/344).
[9] ‘Alauddin ibn al-‘Attar; seorang ulamak dari Dimasyq. Faqih, mufti dan muhaddith. Lahir pada tahun 654 hijrah dan meninggal tahun 724 hijrah. merupakan salah seorang murid Imam an-Nawawi. Aktivitinya ialah mengajar, memberi fatwa dan menulis. Pada tahun 701 beliau mengalami lumpuh hingga terpaksa menulis dengan tangan kiri. Di antara penulisannya yang masyhur; al-Ihkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam, Himpunan Fatwa Imam an-Nawawi (Siyar A’lam an-Nubalak, 2/7. Diwan al-Islam, 2/340. Al-A’lam, 4/251).
[10] Yahya bin Syaraf an-Nawawi; seorang tokoh fiqh dan hadith yang tidak asing lagi. Lebih dikenali dengan Imam an-Nawawi. Lahir pada tahun 631 hijrah di perkampungan an-Nawa (sebuah kampung di Syria) dan meninggal pada tahun 676 hijrah. Walaupun hidup tidak lama (sekitar 45 tahun sahaja), namun menghasilkan penulisan yang amat banyak dan kebanyakan penulisannya cukup terkenal, antaranya; Riyadhus Solihin, al-Azkar, Matan al-MInhaj, Syarah Soheh Muslim, Himpunan 40 Hadis dan banyak lagi (al-A’lam, 8/149).
[11] Abdurrahman bin Nuh al-Maqdisi; menurut muridnya Imam an-Nawawi; seorang yang berperwatakan warak, ahli ibadat, zuhud dan bersungguh-sungguh. Beliau adalah mufti Dimasyq pada zamannya. Murid Imam Ibnu Solah dan sentiasa melaziminya. Meninggal pada tahun 654 hijrah.  (Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, 1/18. Tarikh al-Islam, az-Zahabi, 14/758).
[12] Uthman bin Abdurrahman as-Syahrazuri; lebih dikenali dengan Ibnu as-Solah. Lahir pada tahun 577 hijrah. Alim dan faqih dalam pelbagai cabanng ilmu; hadith, fiqh, tafsir, rijal hadith dan sebagainya. Mula menuntut ilmu fiqh dari bapanya ‘Abdurrahman. Kemudian mengembara untuk menuntut ilmu ke Mausil dan Khurasan. (Wafayat al-A’yan, 3/243. Siyar A’lam an-Nubalak, 16/360).
[13] ‘Abdurrahman bin Uthman al-Syahrazuri; bapa kepada Ibnu as-Solah (Uthman bin Abdurrahman). Lahir sebelum tahun 540 hijrah. Tinggal di Halab dan meninggal di situ pada tahun 618 hijrah. Belajar ilmu fiqh dari Ibnu Abi ‘Asrun (Qadhi Abi Sa’ad bin ‘Asrun) dan ulamak-ulamak lain (Tarikh al-Islam, 13/544. Tobaqaat as-Syafi’iyyah, Ibnu Qadhi Syuhbah, 2/53).
[14] Ibnu ‘Asrun al-Mausili; lahir di Mausil pada tahun 493 hijrah, berpindah ke Baghdad dan menetap di Dimasyq. Tokoh fiqh pada zamannya dan menjawat jawatan qadhi qudhat di Dimasyq pada tahun 573 hijrah. Tinggal di Syria, mengajar di kota-kota ilmu di Syria (Halab, Dimasyq dan sebagainya) dan meninggal di Dimasyq 585 hijrah (Tobaqaat al-Fuqahak as-Syafiiyyah, 1/512. Wafayat al-A’yan, 3/55. Al-A’lam, 4/124).
[15] Abu ‘Ali al-Fariqi; lahir di Mayafariqin pada tahun 433 hijrah. Menuntut ilmu dari ulamak-ulamak di tempat kelahirannya, kemudian berhijrah ke Baghdad dan mengambil ilmu antaranya dari Syeikh Abu Ishaq as-Syirazi dan melaziminya. Seorang ulamak yang zuhud, warak dan menegakkan hak takut. Menjawat jawatan qadhi di Wasit dan wafat di situ pada tahun 528 hijrah di usia 95 tahun (Tobaqaat as-Syafiien, 1/567).
[16] Abu Ishaq as-Syirazi; lahir pada tahun 393 hijrah di Fairuzabad (dalam Negeri Parsi), berhijrah di Syiraz dan menimba ilmu dari ulamak-ulamak di sana, kemudian ke Basrah dan seterusnya Baghdad. Menjadi tempat rujuk para penuntut ilmu dan menjadi mufti di zamannya. Menghasilkan banyak penulisan, antaranya yang masyhur; al-Muhazzab, at-Tabsirah, al-Luma’ dan banyak lagi. Meninggal di Baghdad pada tahun 476 hijrah (al-A’lam, 1/51).
[17] Abu at-Toyyib at-Tabari; lahir pada tahun 348 hijrah di Amil Tabristan, kemudian menetap di Baghdad. Imam dalam mazhab Suafiie. Menjawat jawatan Qadi di Rubu’ al-Karkh. Meninggal di Baghdad pada tahun 450 hijrah. Antara penulisan beliau ialah; Syarah Mukhtasar al-Muzani (al-A’lam, 3/222).
[18] Abul Hasan al-Maarsarjisi; guru kepada ulamak-ulamak mazhab Syafiie pada zamannya. Mengikut Imam Abu Ishaq al-Muruzi ke Mesir, belajar darinya dan melaziminya, kemudian pulang ke Baghdad. Meninggal dunia 384 hijrah di usia 76 tahun (Tabaqaat as-Syafi’iyyah, 1/166).
[19] Abu Ishaq al-Maruzi; murid utama Abul Abbas ibnu Suraij. Imam bagi mazhab Syafiie pada zamannya. Menetap di Baghdad dan mengajar ilmu di situ. Kemudian di hujung umur berhijrah ke Mesir dan meninggal di situ tahun 340 hijrah di usia hampir 70 tahun dan dikebumikan berhampiran kubur Imam Syafiie (Tabaqaat as-Syafi’iyyah, 1/105. Siyar A’lam an-Nubalak, 15/429)
[20] Abul ‘Abbas Ibnu Suraij; lahir pada tahun 249 hijrah di Baghdad dan meninggal dunia juga di Baghdad pada tahun 306 hijrah. Faqih mazhab Syafiie pada zamannya. Menjawat jawatan Qadhi di Syiraz dan menghasilkan kira-kira 400 penulisan (al-A’lam, 1/185).

SANAD SUNAN IBNU MAJAH

SANAD SUNAN IBNU MAJAH

1.      Saya (al-Faqir Ilallah Ahmad Adnan bin Fadzil), mengambil sanad Kitab Sunan an-Nasai (al-Mujtaba) dari guru saya;
2.      Khadim al-Hadith wa al-Isnad Syaikhuna as-Sayyid Muhammad ‘Abduh Sulaiman al-Ahdal –rahimahullah-, yang meriwayatkan dari guru beliau:
3.      Al-‘Allamah Fakhrul-Islam ‘Abdullah bin Sa’id bin Muhammad ‘Abadi al-Lahji al-Makki –rahimahullah- (meninggal 1410H), dari:
4.      Al-‘Allamah ‘Abdurrahman bin Muhammad al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1372H), dari:
5.      Al-‘Allamah Jamaluddin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Hasan al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1352H), dari:
6.      Al-‘Allamah Sulaiman bin Muhammad bin Abdurrahman al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1310H), dari;
7.      Bapanya al-‘Allamah Muhammad bin Abdurrahman al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1257H), dari:
8.      Bapanya al-‘Allamah ‘Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal az-Zabidi –rahimahullah- (meninggal 1250H), dari:
9.      Bapanya al-‘Allamah Sulaiman bin Yahya bin ‘Umar al-Ahdal (Abu ar-Rabi’) –rahimahullah- (meninggal 1197H) dan bapa saudaranya al-‘Allamah Abu Bakar bin Yahya bin ‘Umar al-Ahdal (meninggal 1200H), mereka berdua meriwayatkan dari:
10.  Al-‘Allamah Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1163H), dari;
11.  Al-‘Allamah Yahya bin ‘Umar bin ‘Abdul-Qadier al-Maqbul al-Ahdal az-Zabidi –rahimahullah- (meninggal 1147H), dari:
12.  Al-‘Allamah Abu Bakr bin ‘Ali bin Muhammad bin Yusuf al-Battah al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1099H), dari;
13.  Al-‘Allamah Yusuf bin Muhammad bin Yusuf bin Ahmad al-Battah al-Ahdal –rahimahullah- (meninggal 1079H)
14.  Al-‘Allamah al-Hafidz at-Thahir bin al-Husain bin ‘Abdurrahman al-Ahdal az-Zabidi (meninggal 998H), dari:
15.  Al-‘Allamah ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ad-Daiba’ as-Syaibani az-Zabidi –rahimahullah- (meninggal 944H), dari:
16.  Al-‘Allamah al-Hafidz Zainuddin Ahmad bin Ahmad bin ‘Abdul-Latif as-Syarji –rahimahullah- (meninggal 893H), dari;
17.  Al-‘Allamah al-Hafidz Sulaiman bin Ibrahim al-‘Alawi –rahimahullah- (meninggal 825H), dari;
18.  Bapanya al-‘Allamah al-Hafidz Ibrahim bin ‘Umar al-‘Alawi –rahimahullah- (meninggal 752H), dan al-‘Allamah Muwaffaqaddin Ali Bin Abu Bakr bin Syaddad, dari;
19.  Al-‘Allamah al-Hafidz Ahmad bin Abil Khair as-Syamakhi az-Zabidi (meninggal 729H), dari;
20.  Bapanya al-‘Allamah Abil Khair bin Mansur as-Syamakhi az-Zabidi (meninggal 680H), dari;
21.  Al-‘Allamah Abu Bakr bin Ahmad as-Syarahi az-Zabidi (meninggal 642H), al-‘Allamah Muhammad bin Ismail bin ‘Ali al-Khadhrami ad-Dhahwi (meninggal 651H),  al-‘Allamah  Sulaiman bin Khalil al-‘Asqalani, al-‘Allamah  Muhammad bin Ahmad ar-Rukabi az-Zabidi (dikenali dengan Ibnu Battal), dan al-‘Allamah Ishaq bin Abi Bakr at-Tabari, (kelima-lima mereka mengambil) dari;
22.  Al-‘Allamah Abul Faraj Nashr bin ‘Ali al-Hashari al-Baghdadi, dari;
23.  Al-‘Allamah al-Hafidz Abu Zur’ah Tohir bin Muhammad al-Maqdisi al-Hamazani, dari;
24.  Al-‘Allamah al-Hafidz Abu Mansur Muhammad bin al-Husain al-Qazwaini, dari;
25.  Al-‘Allamah Abu Tolhah al-Qasim bin Ahmad al-Khatib (tahun 409H), dari;
26.  Al-‘Allamah Abul Hasan Ali bin Ibrahim al-Qattan, dari;

27.  Penulisnya; al-Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin Yazid bin Abdillah bin Majah al-Qazwaini (meninggal 273H).