Wednesday, August 27, 2008

LAUNGKAN AZAN

Abdullah bin ‘Abdurrahman bin Abi Sa’sa’ah al-Anshari menceritakan; Abu Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- berkata kepadanya; “Sesungguhnya aku melihat kamu suka menternak kambing dan suka tinggal di pedalaman. Maka apabila kamu berada bersama kambing kamu atau di kampung pedalaman kamu, kemudian hendak melaungkan azan untuk memberitahu masuknya waktu solat, hendaklah kamu tinggikan suara ketika menyebutkan seruan azan itu, kerana sejauh mana...

LIMA ORANG KAYA LAYAK TERIMA ZAKAT

Dari Atha’ bin Yasar –radhiyallahu ‘anhu- bahawa Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Tidak halal sedekah bagi orang kaya melainkan kepada lima orang; 1. Seorang yang berperang di jalan Allah, 2. Amil yang dilantik untuk menguruskan zakat, 3. Seorang yang menanggung hutang, 4. Seorang lelaki yang membeli harta zakat (dari orang yang menerimanya) dengan hartanya, 5. Seorang lelaki yang mempunyai jiran yang...

MAKAN DULU SEBELUM SOLAT

Dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu-; Sesungguhnya Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Apabila makan petang telah dihidangkan, mulailah dengan makan sebelum mengerjakan solat maghrib. Janganlah tergesa-gesa (menunaikan solat maghrib) dengan meninggalkan makan petang kamu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Musli...

TIGA TANDA KEMANISAN IMAN

Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- meriwayatkan dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- yang bersabda; “Tiga perkara. Sesiapa yang tiga perkara ini berada dalam dirinya, nescaya ia memperolehi kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih ia kasih dari segala yang lain dari keduanya. Apabila ia kasih kepada seseorang, ia tidak mengasihinya melainkan kerana Allah. Ia benci untuk berpatah kepada kekufuran sama seperti ia benci jika dihumban ke dalam neraka”. (Riwayat...

PEGANGAN UMAT ISLAM, PERSAUDARAAN ISLAM

Dari Ibnu ’Abbas –radhiyallahu ’anhu- menceritakan; ”Rasulullah –sallallahu ’alaihi wasallam- berkhutbah kepada orang ramai semasa hari Haji Perpisahan, di mana baginda bersabda; ”Sesungguhnya Syaitan telah kecewa untuk disembah di bumi kamu, namun ia berpuas hati untuk ditaati dalam perkara selain (ibadah) itu dari perkara yang kamu pandang kecil dari amalan-amalan kamu. Maka berjaga-jagalah wahai manusia. Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada...

TUNTUTAN HADIR KENDURI

Sabda Nabi SAW; إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا “Sesiapa dari kamu dijemput kenduri, hendaklah dia menghadirinya” (HR al-Bukhari dan Muslim. Bulughul Maram; 1050). وَمَنْ لَمْ يُجِبِ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ» “Sesiapa tidak memenuhi jemputan kenduri, sesungguhnya dia memaksiati Allah dan RasulNya” (HR Muslim...

4 SOALAN PADANG MAHSYAR

“Tidak akan berganjak manusia dari Padang Mahsyar melainkan setelah disoal empat perkara tentang dirinya; 1. Umur; bagaimana dihabiskannya? 2. Ilmu; apa yang diamalkan? 3. Harta; dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan? 4. Jasad/tubuh-badannya; bagaimana ia pergunakannya”. (HR Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah r.a.. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan sohe...

RAHSIA PANJANG UMUR

“Siapa ingin dilapangkan rezkinya (oleh Allah) dan dipanjangkan umur, hubungkanlah silaturrahim (tali persaudaraan dengan keluarga dan sahabat-handai)”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas r.a...