Wednesday, July 24, 2013

MASJID

Sabda Nabi SAW; "Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa ke masjid, bersaksiklah bahawa ia benar beriman" (at-Tirmizi; 2617, 3093, hasan gharib).

Monday, July 22, 2013

STATUS HADIS "Berpuasalah, kamu akan sihat"


صوموا تصحوا

"
Berpuasalah, nescaya kamu akan menjadi sihat".

Hadis ini direkodkan oleh Imam at-Tabrani dalam kitabnya al-Mu'jam al-Ausat (Imam at-Tabrani) dengan lafaz (bermaksud); "Berperanglah, nescaya kamu akan beroleh harta rampasan. Berpuasalah, nescaya kamu akan menjadi sihat. Bermusafirlah, nescaya kamu akan beroleh kekayaan/kecukupan" (No. hadis; 8321, dari Abu Hurairah RA). Lafaz hadis "Berpuasalah, nescaya kamu akan menjadi sihat" turut diriwayatkan oleh Imam Ibnu Sunni dan Imam Abu Nu'aim (dari Abu Hurairah RA juga) mengikut yang yang dinaqal oleh Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Jami' as-Saghier (hadis no. 5060). Status hadis; menurut Imam al-'Iraqi; sanad hadis ini adalah dhaif (Takhrij Ahadith al-Ihya').


Monday, July 8, 2013

ZAITUN

Sabda Nabi SAW: "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia datang dari pohon yg diberkati" (Sunan at-tirmizi: 1851, 1852. hadis soheh). Sabda baginda juga: "Berlauklah dgn minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia dari pohon yang diberkati" (Mustadrak al-hakim: 7142. status hadis: soheh).

* Zaitun disebut sebanyak 5 kali dalam Quran (al-an'am: 99 dan 141, an-nahl: 11, at- tin: 1, an-nur: 35). 

Monday, July 1, 2013

SOALAN MUNKAR DAN NAKIR

Soalan-soalan malaikat Munkar dan Nakir dalam kubur; Siapa Tuhan kamu? apa agama kamu? siapa Nabi kamu? apa ilmu kamu? Yang berjaya menjawabnya diberikan hamparan dari syurga, dipakaikan pakaian syurga dan dibukakan satu pintu ke syurga (ke kuburnya) (Musnad Imam Ahmad; 18534, isnadnya soheh).