Monday, June 12, 2017

SOLAT SUNAT ISYRAQ

Sabda Nabi SAW;

مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit matahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanya seumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586.  Dari Anas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib).

Dalam riwayat at-Tabrani, lazaf hadisnya;

مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فِي مَسْجِدِ جَمَاعَةٍ يَثْبُتُ فِيهِ حَتَّى يُصَلِّيَ سُبْحَةَ الضُّحَى، كَانَ كَأَجْرِ حَاجٍّ، أَوْ مُعْتَمِرٍ تَامًّا حَجَّتُهُ وَعُمْرَتُهُ
“Sesiapa menunaikan solat subuh di masjid secara berjamaah, (kemudian) dia kekal di dalam masjid sehingga menunaika solat sunat dhuha, pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan umrah secara sempurna” (al-Mu’jam al-Kabir, at-Tabrani; 7663. Dari Abu Umamah RA).

Related Posts:

  • ANJING ANJING; AYAT-AYAT AL-QURAN DAN BEBERAPA HADIS SOHEH TENTANGNYA Di dalam al-Quran, anjing disebut pada 2 tempat; 1. Surah al-A’raf (ayat 176). Ma… Read More
  • MASJID Sabda Nabi SAW; "Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa ke masjid, bersaksiklah bahawa ia benar beriman" (at-Tirmizi; 2617, 3093, hasan ghari… Read More
  • HADIS PUASA ENAM HARI DALAM BULAN SYAWAL Sabda Nabi SAW: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam 6 dalam bulan Syawal, ia seperti berpuasa sepanjang tahun" (Soheh … Read More
  • PANDUAN MENYAMBUT HARI RAYA DARI HADIS-HADIS NABI 1. Menghidupkan malam hari raya dengan ibadah. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya kerana mengharapkan pahala dari … Read More
  • NABI SAW BERGURAU Sabda Nabi: "Aku bersenda gurau, namun aku tidak berkata melainkan yg benar/betul" (Sunan Tirmizi: 1990, hasan). … Read More

0 comments: